Sunday, July 6, 2014

TOM YAM GOONG (TOM YAM UDANG).



A. PENYEDIAAN PES NAM PRIK PAO

Bahan-Bahan:

1 1/2 cawan hirisan bawang merah (gunakan bawang goreng yang telah siap).
1 cawan hirisan bawang putih 30-40 ulas.
3/4 cawan minyak masak.
25-30 cili kering.
1/4 sudu (tbsp) garam.
1/2 cawan udang kering.
2 1/2 - 3 sudu besar (tbsp) air asam jawa pekat.
1-2 sudu sos ikan (mengikut rasa).
Kiub Belacan bakar 1 inci x 1 inci.
1/3 - 1/2 cawan gula melaka atau mengikut rasa kepedasan.
2 sudu besar air.

CARA-CARA:

1. Goreng Bawang Putih memerlukan kesabaran. Kalau boleh dapatkan yang telah goreng siap. Goreng bawang putih gunakan sedkit minyak minyak dan sekali-sekala kacau rata sehingga hirisan bawang putih bertukar warna kepada keemasan. Keluarkan dan tapis minyaknya. Minyak gorengan ini jangan buang. Simpan untuk semasa masak sambalnya.

2. Panaskan kuali (tanpa minyak), goreng kering cili kering dengan sedkit garam dengan api dapur yang sederhana. Garam digunakan untuk mengelakan asap yang dikeluarkan oleh cili kering. Asap ini pedihkan mata dan kerongkong. Kacau selalu sehingga keluar aroma haruman dan cili bertukar kepada warna perang. Selepas keluarkan cili, gorengkan pula udang kering sehingga aromanya keluar. Keluarkan dan sejukkan sebelum dikisar halus.

3. Adunkan semua perencah di atas dengan 2 1/2 cawan air, 3 sudu besar asam jawa, 1-2 sudu besar sos kicap ikan, 1/3 cawan gula melaka dan 2 sudu besar air dan kisar sehingga halus. Panaskan kuali api yang sederhana dan masukkan baki minyak yang telah digunakan untuk goreng bawang putih. Goreng sehingga sambal pecah minyak. Sekiranya terlalu pekat sambal anda tambah sedikit air jika perlu. Pes Nam Prik Pao anda telah siap. Masukkan dalam botol yang bersih dan tutup. Boleh digunakan sehingga tempoh 3-4 bulan pes ini.

PENYEDIAAN SUP TOM YAM:

Bahan-Bahan:
- 4 cawan air rebusan ayam.(sup boleh disediakan dengan tulang lembu atau tulang ayam ditambah dengan carot dan batang saderi dan halia, dimasak reneh sekurang-kurang 45 minit). Boleh juga gunakan sup stok kiub atau serbuk pati ayam.
- 250gm udang besar yang dibersihkan. Buang kulit badan dan tinggalakan kepala dan ekor. Jangan buang Lemak udang yang terdapat di bahagian kepala (berwarna oren) kerana ia memberi perasa udang yang segar untuk sup anda.
- 4-6 cili padi diketuk sedikit.
- 4-6 hirisan lengkuas segar.
- 3 batang serai di potong serong 1 inici panjang.
- 3 daun limau purut keluarkan tulang tengahnya.
- 1 biji bawang besar dibelah empat.
- 2 rumpun akar pokok ketumbar/ corriander root yang dipotong dan daun digunakan sebagai hiasan.
- 1 sudu kecil garam.
- 1 sudu besar kicap sos ikan.
- 4 sudu besar jus limau nipis.
1 1/2 sudu pes cili Nam Prik Poa.

CARA MENYEDIAKAN:

1.Panaskan sup sehingga mendidih. Masukkan serai, lengkuas, bawang dan garam. Biarkan masak 4-5 minit sehingga sup anda mengeluarkan keharuman bahan perencah segar.

2. Lumurkan 1/4 sudu kecil garam pada udang yang telah bersihkan dan disimpan dalam bekas. Masukkan air dalam sebuah bekas lain dan masak cendawan sehingga masak. Toskan air dan masukkan cendawan dan udang yang telah dibersihkan ke dalam sup tom yam anda yang sedang masak. Udang hanya perlu masak dalam seminit. Bila udang anda berubah warna masukkan sos ikan dan matikan api dapur. .

3. Bila api dapur di matikan masukkan Jus limau, daun limau purut, dan pes Nam Prik Pao, Cili Api yang telah diketuk. Rasa sup anda. Adakah sup anda cukup masam? atau Masin?. Jika tidak tambahkan garam atau air perahan limau nipis 1/2 sudu teh, dan rasa. Ulangi cara ini sehingga anda dapat rasa kemasinan dan kemasaman sup tom yam anda cukup. Hiaskan dengan daun ketumbar atau pun daun pudina segar, daun bawang di atas sup tom yam goon anda. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment