Sunday, July 6, 2014

RESEPI PUTU MAYAM/MAYOM



BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung Beras.
- 2 1/2 tsp cawan air.
- 1/2 sudu kecil (tsp) garam.
- 2 tsp minyak masak.

Peralatan: Alat atau acuan muruku (yang mata paling halus).

CARA MEMBUAT:
1. Didihkan air dan masukkan garam dan minyak. Bila air mula mengeluarkan gelumbung udara pertama, matikan api dapur. Masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam air panas dan kacau sehingga sebati menjadi doh. Boleh adunkan dengan menggunakan tangan dan doh yang dibentuk perlulah tidak melekat pada tangan anda. Bahagikan doh kepada bahagian kecil untuk muat dalam acuan. Buat semasa tepung masih lagi panas.

2. Panaskan air dalam bekas kukus. Lapikan kain putih bersih sebagai pelapis pada bekas pengukus atau sediakan daun pisang dipotong bulat mengikut saiz yang dikehendaki. Masukkan bahagian doh kedalam acuan muruku dan dan mulakan pemutaran atau pemerahan mengikut saiz yang perlukan. Putuskan bahagian terakhir di setiap kepingan dengan menekan sedikit kepada putu mayam supaya tidak terburai apabila telah masak dan mengalihkan kepada bekas hidangan.

3. Kukus 8-10 minit. Keluarkan dan hidangkan dengan kelapa parut (100gm) dan Gula perang (100gm). Kalau ingin warna hijau atau berwangi pandan masukan dua helai daun pandan dalam air mendidih dan campurkan perwarna hijau. Mudah bukan. Selamat mencuba.

4. Tip: kadang- kala tepung beras yang beli, bukanlah beras yg berkualiti, ia adalah kualiti yang paling rendah dijadikan tepung beras, maka hasil kadang-kala tak memuaskan seperti warna putih jadi perang atau keras. Boleh juga salai di dlm kus sekejap tapi rasanya pasti warna ubah.Untuk keluarga mamak haji sarankan anda buat sendiri tepung beras dengan basuh beras bersih, rendam dalam air 2 jam, buang air rendaman dan toskan seberapa kering. Dulu org kampung jemur beras di atas kain di depan rumah..itu untuk buat bedak sejuk..hahaha. Anda tak payah jemur kat rumah..bentangkan di atas kain yang menyerap air selama 10 minit dlm dapur sudah. Lepas itu kisar (dengan anak balang blender/kering) dan tapis. Dah sedia tepung beras buatan sendiri..terbaik punya.

1 comment: