Sunday, July 6, 2014

RESEPI SOTONG KANGKONG - PENYEDIAAN SOS DAN HIDANGAN:


BAHAN-BAHAN:
- 250gm sotong kembang.
- 1 cekak kangkung yang telah basuh dan bersihkan.
Cara Penyediaan: Celurkan kedua dalam air mendidih selam 2-3 minit dan celurkan kembali dalam air sejuk supaya haba dapat dihilangkan. Toskan dan potong ikut size anda suka. Sotong jangan masak lama yea..nanti jadi tayar good year.
PENYEDIAAN SOS:
- 4 sudu besar sos "Hoi Sin"..ingat lagi resepi sengkuang calit mamak haji bagi dulu?. Mamak haji dah terangkan bagaimana buat resepi ini yang halal. Kalau ada yang halal beli saja.
- 3 sudu besar pes otak udang yang berwarna kehitaman.
- 2 sudu kecil sambal belacan..tau buat?.
- 1 sudu kecil gula.
- 1 biji limau kasturi - perahan airnya.
Cara menyediakan: Adunkan semua.
Bahan untuk hiasan:
- 1 sudu kecil bijan yang goreng kering.
- 1 sudu besar kacang goreng tumbuk.

SALAD BUAH OREN DAN APEL. (10 pax).



Bahan-Bahan Yang diperlukan:
- 4 biji oren Naval yang manis - dikopek dan ambil isi.
- 4 biji oren merah/ blood atau moro isinya sama seperti red grapefruit - dikopek dan ambil isi.
- 1 biji epal hijau - dihiris nipis sedikit.
- 1 biji epal merah - dihiris nipis sedikit.
- 1 inci halia dihiris halus.
- 3 sudu besar madu.
Cara-Cara Penyediaan:
1. Sediakan 1 cawan jus oren segar.
2. Masukan jus oren, madu dan halia dalam sebuah bekas. Reneh dengan api dapur yang kecil sehingga terbentuk sira (syrup) oren yang pekat (selama 8 -10 minit).
3. Biar sira ini sejuk sempurna, Hindarkan buang hirisan halia tadi.
4. Tuang ke atas buah epal dan oren yang telah sediakan.

RESEPI 2: SALAD BUAH OREN DAN PAEL.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan:
- 1 biji buah oren navel yang telah kopek kulit dan isi nya di hiris.
- 4 biji epal dihiris nipis sedikit. (2 biji hijau dam 2 biji merah).
- 2 sudu besar cuka.
- 21/2 sudu besar jus oren yang segar.
- 2 sudu besar miyak zaiton/olive oil.
- 2/3 cawan wall nut dicincang ( di kedai jual bahan kek ada jual).
- 1/2 cawan kismis.
- secubit lada putih dan garam secukup rasa.
Cara Penyediaan:
1. Gaulkan semua yang di atas dengan 1cawan jus oren segar.

CHEWY CHEESE


Photo: CHEWY CHEESE.....mkn kt kfc 10 ketul rm9 lebih(lbhnye lupe plak bape huhu) bila mkn ank2 suke sgt..ibu try ler wat cmni kt umh...insha allah...maka tercetus lah resepi dr kak chaq..ini kali ketiga try...anak2 ckp dh ok bu..sdp dr kfc lg...alhamdulillah JIMAT duit ibu utk ke KFC lg...sape yg berminat silakan share resepi kak chaq ni...

BAHAN2..

350 gm ubi kentang yg dilecek(yg dh direbus dgn sedikit garam,toskan sampai kering airnye baru dilecek)
250 gm tepung gandum (diayak)
5 bj telur
Serbuk lada (lada berperisa Aji-Shio)
250 gm keju cheddar(kraft)..dipotong dadu
serbuk roti secukupnye

CARA...
1..potong dadu keju (ketepikan),tepung n kentang digaul sebati,taburkan dgn serbuk lada..gaul sehingga sebati(kak chaq x gune air sebab ketang dh lembut)kemudian ambil adunan sbesar guli leperkan masukka keju dn bulatkan.gaul dlm serbuk roti.
2..pecahkan telur dlm mangkuk..pukul sedikit,kemudian masukkan 2 or 3 sudu dlm pingan,golekkan adunan yg disalut dgn serbuk roti tadi.
3..golekkan semula dlm serbuk roti hingga betul2 tertutup adunan tadi..ulang sehingga habis adunan..dah siap blh goreng.
4..Sedia utk dinikmati...SELAMAT MENCUBE
Bahan-Bahan

350 gm ubi kentang yg dilecek(yg dh direbus dgn sedikit garam,toskan sampai kering airnye baru dilecek)
250 gm tepung gandum (diayak)
5 bj telur
Serbuk lada (lada berperisa Aji-Shio)
250 gm keju cheddar(kraft)..dipotong dadu
serbuk roti secukupnye

CARA...
1..potong dadu keju (ketepikan),tepung n kentang digaul sebati,taburkan dgn serbuk lada..gaul sehingga sebati(kak chaq x gune air sebab ketang dh lembut)kemudian ambil adunan sbesar guli leperkan masukka keju dn bulatkan.gaul dlm serbuk roti.
2..pecahkan telur dlm mangkuk..pukul sedikit,kemudian masukkan 2 or 3 sudu dlm pingan,golekkan adunan yg disalut dgn serbuk roti tadi.
3..golekkan semula dlm serbuk roti hingga betul2 tertutup adunan tadi..ulang sehingga habis adunan..dah siap blh goreng.
4..Sedia utk dinikmati...


Tips:
  1. potong dadu kecil kentang ....goreng dan lenyek..ras ini lagi sedap..kentang lenyek itu tambah kiub maggi ayam seketul..
  2. habuk roti ..goreng bagi luaran garing sedikit..lepas itu masukkan dalam oven untuk masak 50% lagi....lagi garing tapi agaknya dalam 150 darja C dlm 7 minit ok kot yg ini..kalau tidak bebola ini kan meletup..cheese meleleh luar sebelum ke mulut..
  3. habuk roti paling senang salut..bebola itu celur dlm putih telur..habuk roti itu masukan dlm beg plastik..masuk bebola nak salutt lima enam biji...goncang ..kalau nak salut lagi tebal keluarkan celurr balik ulang balik..jimat dan tak banyak rugi kat minyak tu..
  4. kalau x ada serbuk roti blh juga guna serbuk biskut meri   

RESEPI NASI GORENG 'ALA CINA.(Jumlah hidangan: 4 pax.)


BAHAN-BAHAN:

- 4-5 cawan nasi, yang terbaik nasi semalaman (Refrigerated).
- 1/2 cawan isi dada ayam. Dihiris dadu.
- 1/2 cawan udang putih di kupas kulit.
- 1 sudu besar kicap cair / kicap sos perasa Maggie.
- 1 sudu besar sos/ kicap ikan.
- 1 sudu kecil sos tiram.
- 1 keping sosej dihiris.
- 1/2 cawan mix.vege sejuk- beku ( karot + Jagung + k.peas).Rendam dengan air panas dan toskan.
- 3 ulas bawang putih dikupas, ketuk dan cincang.
- secubit lada putih/sula.
- 2 biji telur.
- 3 sudu besar minyak masak.
- Garam secukup rasa.

CARA-CARA MENYEDIAKAN:

1. Sediakan nasi seperti yang mamak haji sebutkan. Untuk menyediakan ayam, masukkan hirisan ayam kedalam sebuah mangkok dan masukkan 1/2 sudu besar (tbsp) kicap cair dan lumurkan hirisan daging ayam dengan 1 sudu kecil minyak masak, sedikit tepung jagung dan di tepikan. Kita lumurkan minyak masak pada daging ayam supaya bila masukan hirisan ayam yang lembut, ia akan melekat pada kuali. Tepung jagung pulak untuk hirisan ayam itu tidak melekat diantara satu sama lain. Teknik ini anda boleh gunakan untuk goreng daging ayam yang lembut dan dihidangkan sebagai penyeri hidangan yang lain, tanpa gunakan kuali tak melekat.

2. Hidupkan dapur dengan api sederhana. Panaskan kuali dengan 1 sudu besar minyak masak dan ratakan minyak dalam kuali dengan memusingkan kuali. Masukkan 2 biji telur yang dipukul dan goreng hancur. Selepas telur masak angkat keluar dan tepikan. Masukkan 2 sudu besar minyak dan goreng bawang putih sehingga naik bau. Masukan hirisan ayam. Goreng 2-3 minit atau sehingga hirisan ayam masak. Sekiranya kuali menjadi kering semasa gorengan ini boleh masukan air 1-2 sudu besar. Masukan udang yang telah kupas, sosej yang telah hiris, goreng 1-2 minit lagi. Masukkan pula mix vege goreng dalam se minit lagi.

3. Kuatkan api dapur dan masukkan Nasi bersama semua bahan gorengan yang sedang goreng. Masukkan sos kicap cair, sos tiram dan sos ikan sedikit demi sedikit dengan diiring gorengan. Kita masukkan sos perencah sedikit demi sedikit untuk mengekalkan kuali sentiasa kering. Sekiranya kuali lembab nasi akan menyerap kelembapan dan akan kembang dan lembik. Nasi goreng perlu kering dan kembang yang sederhana. jangan terlalu kering nasi anda, ia akan jadi keras. Goreng sehingga 3-4 minit.

4. Selepas selesai sos perencah dimasukkan, masukkan pulak telur hancur yang telah disediakan. Nasi goreng anda telah siap. Jangan lupa "rasa" garam. kalau kurang masinan tambah sedikit kicap ikan, kalau masin sangat tambah perahan air limau sedikit.

5. Cara mamak haji tulis resepi memang panjang berkenaan sesuatu resepi, memang kalau tak baca betul , nampak susah sedikit tetapi bila kita tahu yang mana bahan perlu nak masukan dulu dan kemudian, ia sebenarnya mengambil masa cuma 15 minit saja. Kita pertama kali keliru dengan langkah-langkah dan kawalan api. Tetapi ia sebenarnya mudah dilakukan. Selamat mencuba. Wassalam.

AYAM MASAK MALAYA VERSI MAMAK HAJI (10-12 ORANG).


Bahan-bahan:
1 ekor ayam potong 16.
6 batang serai - 4 btg dihiris halus dan kisar. 2 btg lagi di ketuk.*
2 biji bawang labu merah sederhana besar.*
1 biji bawang dipotong hiris untuk menumis.
5 ulas bwg putih.*
15 tangkai cili kering cari haq kerinting. rebus .*
1 inci lengkuas.*
1 inci kunyit hidup.*
2 keping asam keping.
1 sudu besar serbuk ketumbar (gunakan serbuk ketumbar yang anda telah sediakan).
1 sudu kecil serbuk jintan putih.
1/2 sudu kecil garam masala.
1 cawan santan pekat atau susu sejat.
1 btg kulit kayu manis, 7 biji cengkih, 3- 4 buah pelaga, 2 bunga lawang.
garam dan gula pasir secukup rasa.
minyak untuk menumis
Cara-cara
1. Lumur ayam dengan garam dan kunyit dan goreng separuh masak.
2. Kisar semua bahan-bahan bertanda *. Jadikan pes.
3. Masukkan minyak, bila panas masukkan hirisan bawang diikuti dengan rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, pelaga dan lawang).
4. Rempah keluarkan aromanya, masukkan pes kisaran. Biarkan sedikit garing, masukkan ayam, serai dan asam keping.
5. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan garam masala. Biarkan goreng sehingga kering dan naik minyak.
6. Perlahankan api dapur, masukkan santan pekat. Kacau rata. Bila sambal anda mula mendidih, masukkan gula, garam dan serbuk perasa.
7. Masakan anda telah siap, hidangkan dengan daun pudina atau daun ketumbar dan bawang goreng dan buah jagus. Sesuai makan dengan nasi putih dan terbaik dengan nasi lemak (sebab itu mamak haji potong ayam seekor 16

CUCUR UDANG MAMAK


BAHAN-BAHAN:
- 1 Kg tepung gandum ( 2 sudu besar tepung diasingkan)*
- 250gm udang sederhana besar untuk diletak atas cucur udang.
- Segenggam daun kucai dipotong 1".
- 500gm taugeh dibasuh bersih.
- 250gm Udang Kapas (udang kecil halus yang basah atau udang kering kepal/ geragau yang kering) direndam dan dibersihkan. kisar sehingga halus dengan sedikit air.
- 1 biji bawang besar (sederhana besar) di hiris halus.
- 2 tangkai cili merah dihiris halus.
- 1 paket Yis kering (*Mauripan 11 gm).
- 1 sudu kecil garam atau ikut kemasinan yang diperlukan.
- 1/2 sudu pewarna kuning cair atau 1 sudu kecil serbuk kunyit.
- 1 kg Minyak masak untuk goreng.

CARA PENYEDIAAN:
1.Masukkan tepung dalam sebuah bekas (perlu menampung tepung yang akan naik dua kali).

2.Masukan Yis kering ke dalam air yang telah larutkan dengan 1 sudu kecil gula pasir dan biarkan selama 10 minit. Kacau rata yis supaya ia larut. Masukkan dalam tepung dan kacau rata.

3.Masukkan garam,daun kucai,taugeh,pewarna kuning ke dalam tepung.
4.Masukkan lima cawan air ke dalam adunan tepung. Adunkan semua bahan sehingga sebati.Tentukan adunan tidak cair sangat atau pekat. Sesuaikan kelikatan adunan tepung. Apabila Selesai tutup adunan tepung itu dan biarkan selama 1-2 jam untuk tepung itu bangkit. Selepas sejam adun kembali tepung dan sedia untuk goreng.

5.Panaskan kuali.Tentukan api dapur untuk goreng cucur tidak terlalu keras apinya. Medium memadai. Jangan pula terlalu kecilkan api. Ini akan menjadikan cucur anda akan meresapi terlalu banyak minyak. Hasil Gorengan pertama anda akan memberi keputusan yang anda perlu sesuaikan api dapur anda atau pun kelikatan tepung. Gorengan pertama mula dengan satu atau dua dulu.

6.Tepung yang diasingkan (2 sudu besar) masukan sedikit air supaya menjadi likat (buat gam). Masukkan udang besar yang telah dibersihkan supaya ia bersalut dengan tepung likat ini (sebagai gam). Ini menentukan udang yang goreng diatas cucur, tidak mudah bercerai semasa gorengan.

7.Cara goreng cucur mempunyai berbagai cara. Untuk gorengan cara mamak adalah cara yang mudah.Gunakan sudip yang telah dipanaskan dalam minyak selama 5 minit, ambil sebahagian tepung dari bekas tepung dan letakan udang besar (dilumur tepung) diatas tepung yang perlu digoreng. Masukan kedalam kuali.

8.Walau pun masa gorengan tergantung pada size cucur dan kawalan api dapur kebiasaannya sekiranya gorengan cucur sedia masak akan timbul ke atas permukaan dan gelembong udara sekeliling cucur yang telah masak akan terhenti. Apabila gorengan bertukar warna kekuningan emas biasanya cucur telah sedia masak. Keluarkan dari kuali dan letakan di atas kertas tisu dapur untuk menyerap minyak yang berlebihan.

CARA PENYEDIAAN KUAH KACANG MUDAH MAMAK PENANG:

- 1/2 kg. Kacang tanah.
- 150 gm Cili Kering.
- secekak kacang dal
- 100 gm udang kepal (geragau kering). Udang kering biasa pun boleh tapi mahal kan. Nak jual tiga kupang nak pakai udang kering?..
- 1 biji bawang merah labu besar.
- 2 senduk gula pasir (kalau nak kuah yang perang gunakan gula merah).
- 2 sudu besar tepung jagung yang telah dicairkan dengan sedikit air. Kalu untuk rumah tak payah pakai - untuk niaga kena lah buat macam ini.
- sedikit perahan asam jawa.
- Garam untuk cukup rasa.

CARA MENYEDIAKANNYA:
1. Gorengkan Kacang tanah dan cili kering, bawang dan kacang paruppu/ dal hingga garing. Angkat dan ketepikan. Goreng Udang kering kepal. Awas kerana udang ini terlalu halus pastikan ia tidak hangus. Gunakan penapis logam yang halus untuk goreng. Angkat gorengan itu dan sejukan.

2.Kisar gorengan tersebut bersama air. Terbaik kacang tanah telah gorengkan itu asingkan sekepal untuk masukkan terkemudian semasa masak. Cili kering, kacang dal dan bawang perlu dikisar halus.

3.Panaskan periok masukan bahan kisaran.Masukkan air yang secukup untuk likatan yang dikehendaki. Masak sehingga kacangnya masak. Bila telah masak, masukan cairan tepung jagung dan tentukan likatan itu tidak terlalu likat dan jangan terlalu cair. Masukkan gula, jus asam jawa dan garam secukup.Sedia untuk hidangan.

Nota: Kuah dan cucur yang lebih boleh disimpan untuk membuat mee goreng mamak yang istimewa.Kuah ini juga sekiranya dicairkan boleh digunakan sebagai kuah rojak yang lazat bersama cucur udang, timun dan ubi sengkuang. RESPI CUCUR UNTUK PASSEMBUR LAIN YEA

RESEPI NASI DALACA EKONOMI ‘ALA MAMAK HAJI: (MASAKAN UNTUK 50 ORANG)



BAHAN-BAHAN KEPERLUAN:
5 kg, Beras SST 5% hancur. Bila gunakan beras biasa tentukan beras dibasuh dengan sempurna untuk menghilangkan kanji berlebihan dan nasi jadi peroi. Beras yang telah basuh, airnya untuk masak perlu jernih sehingga berasnya kelihatan di mata kita.
1 tin kimball soup besar.
1/2 tin tomato puri.
200 gm buah badam denga di rendam dan buang kulit dan dikisar halus.
50 gm buah janggus.
100 gm buah kismis.
1 tin minyak sapi tulin yang kecil.
1/2 cawan minyak masak.
1 tin susu sejat.
1 sudu besar (tbsp) serbuk jintan putih.
1 sudu besar (tbsp) serbuk jintan putih.
2 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih.
2 biji bawang labu besar di kisar halus.
3 biji bawang labu sederhana besar dihiris halus.
2 kpg kayu manis panjang 2 inci, 5 kuntum bunga lawang, 5 biji buah pelaga, 8 kuntum bunga cengkih.
1 sudu besar garam masala.
3 helai daun panda disimpul.
2 sudu besar (tbsp) gula pasir.
Garam dan warna mearah oren kalau dikehendaki.
CARA MEMASAK:
1. Beras yang dibasuh ditoskan.
2. Panaskan periok dan masukkan minyak sapi dan gabungkan dengan minyak masak. Bila minyak mula panas masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cenkih. Bila mula rempah ini mengeluarkan bau haruman masukkan daun pandan. Kemudian masukkan hirisan bawang . Tumis sehingga warna bawang menjadi kuning keemasan. Masukkan pes halia bawang putih. Bila mula baunya naik masukkan air bawang kisar. Tumiskan bahan-bahan ini sehingga baunya naik dengann api kecil sederhana. Semasa tumisan jangan sekali hanguskan sebarang rempah.
3. masukan serbuk serbuk jintan manis, jjintan putih dan juga garam masala – awas jangan rempah ini terhangus dengan kepanasan melampau, cepat-cepat masukkan kimball sup dan puri tomato. Adunkan sebati bahan-bahan ini. masukkan susu sejat. masukkan beras dan adunkan rata semua bahan-bahan ini sehingga sebati dengan beras.
4. Masukkan air telah sukat biasanya air dan beras nisbahnya 1:1 atau gunakan hukum ibu jari. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tutup penutup dan biarkan ia masak. Bila airnya mengelegak, kecilkan api dapur dan biarkan nasi itu sejat. Bila wap keluar mengikut penutup periok nasi mula masak. Anda buka penutup periok masukkan pewarna oren merah di tiga atau tempat dipermukaan nasi. Biarkan nasi masak secukup. Terbalikan nasi permukaan atas itu kebawah dan bawah itu naik ke atas.
5. Bila nasi cukup masak taburkan bawang goreng di atas untuk mewangikan lagi. Selamat mencuba.

PENYEDIAAN PES NAM PRIK PAO



Bahan-Bahan:
- 40gm (berat tanpa biji) cili kering ambil yg kulit licin bukan yg kerinting. Gunting memanjang keluarkan bijinya.
- 80gm bawang goreng yg dah sedia jual.
- 60gm bawang putih dihiris halus..dan digoreng warna keemasan.
- 2 sudu besar (tbsp) belan bakar..panaskan dikuali. Dan hancurkan.
- 200gm gula Melaka..boleh gunakan gula merah 50% + gula pasir 50%.
- 20gm udang kering.
- 4 sudu besar jus asam jawa pekat (yg asam jawa biji itu gunakan air suam dan tapis cuma utuk gula jgn jadi keras).
- 4 sudu besar sos ikan.
- 1 cawan air.
- 1/2 cawan minyak masak..kita perlukan minyak ini yea.
CARA-CARA:

1. Goreng Bawang Putih memerlukan kesabaran. Kalau boleh dapatkan yang telah goreng siap. Goreng bawang putih gunakan sedkit minyak minyak dan sekali-sekala kacau rata sehingga hirisan bawang putih bertukar warna kepada keemasan. Keluarkan dan keringkan minyaknya. Minyak gorengan ini jangan buang. Simpan untuk semasa masak sambalnya. Kisar bawang putih ini dgn bawang goreng dlm anak blender yg haq kecik/ coffee blender.
2. Panaskan kuali (tanpa minyak), goreng kering cili kering dengan sedkit garam dengan api dapur yang sederhana. Garam digunakan untuk mengelakan asap yang dikeluarkan oleh cili kering. Asap ini pedihkan mata dan kerongkong. Kacau selalu sehingga keluar aroma haruman dan cili bertukar kepada warna perang. Selepas keluarkan cili, gorengkan pula udang kering sehingga aromanya keluar. Keluarkan dan sejukkan sebelum dikisar halus.
3. Belacan yg kita panaskan atas kuali tu dikisar juga.
4. Adunkan semua perencah telah dikisar di atas dengan 1 cawan air, 4 sudu besar asam jawa, 4 sudu besar sos .
5. Panaskan kuali api yang sederhana dan masukkan baki minyak yang telah digunakan untuk goreng bawang putih. Goreng sehingga sambal pecah minyak. Masukkan gula melaka. Sekiranya terlalu pekat sambal boleh tambah sedikit air jika perlu. Pes Nam Prik Pao anda telah siap. Masukkan dalam botol yang bersih dan tutup. Simpan dipeti sejuk. Boleh digunakan sehingga tempoh 3-4 bulan pes ini.

RESEPI APOM LENGGANG/ APOM MANIS/APOM INDIAT/HENGAI PAL APPAM.



Bahan-Bahan
- 1 cawan beras.
- 1 cawan nasi sejuk.
- 1/4 cawan urad dal/kacang tosai/ulundu (yg putih).
- 1 sudu kecil halba.
- 1/2 sudu besar (tbsp) gula.
- 1 sudu kecil (tsp) garam atau cukup rasa.
- 1/2 sudu kecil baking soda atau 1/2 sudu kecil (tsp)yis segera kering.
- 3 sudu besar(tbsp) santan pekat.

CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh beras sehingga bersih dari kanjinya dan rendam dalam air sekurang-kurangnya 4-6 jam. kacang tosai atau urad dal dan juga halba perlu direndam (soak) berasingan. Selepas tempoh rendaman, basuh kembalu beras, urad dal adan juga halba. Mulakan kisar kacang tosai/urad dal. jadikan pes halus dan asingkan. Kisar pula diikuti dengan halba, jadikan pes dan asingkan. Kisaran beras perlu lakukan dgn air yang digunakan untuk kisar sedikit demi sedikit supaya adunan ini seperti adunan tosai atau kueh apom merekah.
2. Ambil 3-4 sudu besar hasil kisaran beras dan diadunkan dengan 1 cawan air. Masak campuran ini dgn api kecil sederhana. Sebatian mula memekat dan menjadi seperti nestum makanan bayi, keluarkan dari dapur dan biarkan ia sejuk. sekarang adunkan semua bahan seperti pes kacang tosei, pes halba dan pes beras ini dengan adunan beras yg telah kisar. adun rata. sekarang adunan anda dah sedia untuk difermantasi/tapaikan sekurangnya 12 jam. Makananya kalau anda fermantasikan pukul 6:00 ptg esok Pukul 6:00 boleh lenggang adunan ini.
3. Bila sedia untuk lenggang, tentukan adunan anda cair sedikit seperti adunan tepung roti kirai atau kuih ketayap. Tambahkan air sedikit jika perlu. Pada masa inilah anda perlu masukkan gula, garam dan baking soda dan santan kedalam adunan itu, kacau sebati dan tunggu 15 minit. Ok anda dah boleh...lenggang kali lenggang.

CARA LENGGANG APOM:
1. Panaskan kuali apom atau non-stickable pan dengan api sederhana. Titiskan dua tiga titisan minyak pada permukaan kuali. Ambil kain bersih ratakan minyak keseluruhan permukaan kuali. Bila kuali cukup panas ambil satu senduk adunan tuang di tengah kuali.
2. Keluarkan kuali dari api, pusing kuali (lenggang) ikut jam supaya adunan dikenakan disekeliling dinding dengan satu bulatn yg cantik. Letak balik kuali ke atas apai. Tepung mula berkumpul ditengah kuali.
3. Tutup kuali anda dengan tudung . Apom anda biasanya masak dalam masa 3-4 minit.
4. Tepung di tepi dinding kulai mula garing dan tanggal. Dengan munggunakan jari anda tarik keluar apom. Ulangi perkara sama yang sama seperti di atas sehingga anda habiskan adunan anda.
5. Apom ini boleh di makan dengan santan dengan gula atau pun dengan sambal kelapa/chuttney atau pen dengan kari dan dal. Selamat mencuba. Sila baca tip-tip di komen mamak haji. Wassalam.

RESEPI PUTU MAYAM/MAYOM



BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung Beras.
- 2 1/2 tsp cawan air.
- 1/2 sudu kecil (tsp) garam.
- 2 tsp minyak masak.

Peralatan: Alat atau acuan muruku (yang mata paling halus).

CARA MEMBUAT:
1. Didihkan air dan masukkan garam dan minyak. Bila air mula mengeluarkan gelumbung udara pertama, matikan api dapur. Masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam air panas dan kacau sehingga sebati menjadi doh. Boleh adunkan dengan menggunakan tangan dan doh yang dibentuk perlulah tidak melekat pada tangan anda. Bahagikan doh kepada bahagian kecil untuk muat dalam acuan. Buat semasa tepung masih lagi panas.

2. Panaskan air dalam bekas kukus. Lapikan kain putih bersih sebagai pelapis pada bekas pengukus atau sediakan daun pisang dipotong bulat mengikut saiz yang dikehendaki. Masukkan bahagian doh kedalam acuan muruku dan dan mulakan pemutaran atau pemerahan mengikut saiz yang perlukan. Putuskan bahagian terakhir di setiap kepingan dengan menekan sedikit kepada putu mayam supaya tidak terburai apabila telah masak dan mengalihkan kepada bekas hidangan.

3. Kukus 8-10 minit. Keluarkan dan hidangkan dengan kelapa parut (100gm) dan Gula perang (100gm). Kalau ingin warna hijau atau berwangi pandan masukan dua helai daun pandan dalam air mendidih dan campurkan perwarna hijau. Mudah bukan. Selamat mencuba.

4. Tip: kadang- kala tepung beras yang beli, bukanlah beras yg berkualiti, ia adalah kualiti yang paling rendah dijadikan tepung beras, maka hasil kadang-kala tak memuaskan seperti warna putih jadi perang atau keras. Boleh juga salai di dlm kus sekejap tapi rasanya pasti warna ubah.Untuk keluarga mamak haji sarankan anda buat sendiri tepung beras dengan basuh beras bersih, rendam dalam air 2 jam, buang air rendaman dan toskan seberapa kering. Dulu org kampung jemur beras di atas kain di depan rumah..itu untuk buat bedak sejuk..hahaha. Anda tak payah jemur kat rumah..bentangkan di atas kain yang menyerap air selama 10 minit dlm dapur sudah. Lepas itu kisar (dengan anak balang blender/kering) dan tapis. Dah sedia tepung beras buatan sendiri..terbaik punya.

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH MAMAK PENANG.



Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (1.7kg - 1.6kg) dipotong 16 . Masukan serbuk kunyit 1 tsp dan garam 1 tsp. Gaulkan rata dan goreng sehingga separuh masak. Kalau gunakan ayam kampung tidak perlu digoreng kerana isi ayam kampung berkeadaan kental.
3 Biji bawang besar (dikisar halus). Kisaran 1:1 dengan air. Jangan terlalu cair. Tujuan bawang merah ialah untuk mendapatkan kuah. Sekiranya anda tidak mahu kuah anda boleh kurang jumlah bawang merah. Kegunaan bawang merah dalam masakan resipi nasi kandar adalah unik. Air bawang digunakan sebagai kuah. Dengan sebab inilah kuah lauk nasi kandar pekat likat.
Pes Bawang Putih dan Halia. Harap anda telah mahir dalam penyediaan pes bawang putih dan Halia ini. Untuk masakan ini, satu biji bawang putih dan 3 inci halia sudah memadai. Sekiranya anda telah sedia ada pes ini gunakan 2 tsp.
1 tsp serbuk lada hitam.
3 sudu besar kicap pekat. (kicap ini ada beberapa jenis seperti kicap cair, kicap manis lemak, kicap pekat mee dan juga kicap pekat karamel. Anda gunakan kicap Mee Yakin. Ia punyai rasa dan kemasinan yang moderate). Kehitaman masakan terpulang pada cita rasa anda. Kalu boleh kurang garam dalam masakan kerana ia akan memekatkan perederan darah dalam tubuh badan dan membantu kolestrol terbentuk.
1 sudu besar sos tiram.
1 sudu besar sos cili.
1 tsp air limau nipis.
1 tsp Jintan manis.
1 tsp Jintan Putih.
1/2 sudu kecil (tsp)serbuk kas-kas ( dikecualikan).
1 sudu besar (tbsp) serbuk cili ( boleh kurangkan mengikut kepedasan anda ingin).
2 sudu besar (tbsp) rempah kari Daging.
1/2 sudu kecil (tsp) garam masala.
3 kuntum bunga lawang, 1 inci kulit kayu manis, buah pelaga 3.
1 batang serai yang telah di ketuk.
Garam , Gula secukup rasa.

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak, masukkan serai yang telah diketuk, serdehanaka apai dapur dan tumiskan bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga. Apabila naik baunya, masukkan pes bawang putih halia sehingga baunya naik. Segera masukkan kisaran bawang sehingga baunya naik.

2. Masukan semua bahan-bahan seperti di atas dan biarkan kuahnya didih. Masukan ayam yang telah goreng separuh masak. Kecilkan api dan biarkan selama 10 minit - 15 minit di masak. Biasanya daging ayam yang telah masak boleh tentukan dengan bahagian urat peha ayam mula gelembung dan cuba putus dari tulangnya.

3. Rasa kemasinan. Kerana kicap dan sos tiram yang digunakan biasanya mempunyai kemasinan yang berlainan mengikut pembuat. Sekiranya kurang masin tambahkan garam. Kalau anda terasa masin anda boleh gunakan gula atau serbuk perasa untuk mengurangkan kemasinan.

4. Tutup api dan masukan perahan air limau 1 sudu kecil . Keluarkan masakan dan hidang dengan taburkan bawang goreng. Hidangan telah sedia. Kanak-kanak amat gemarkan resepi ini. Untuk kanak-kanak pastikan minyak dan kepedasan perlu dikurangkan.

Kuih Pau


Bahan-Bahan 
6 cawan (cup) tepung Gandum biasa berprotein.
3/4 cawan air suam.
1/4 cawan gula pasir.
1 paket Yis Segera (11gm)/ satu sudu besar.
1 sudu besar (tbsp) Serbok Penaik (Baking Powder).
1/2 sudu kecil soda masakan (Soda Bikarbonat).
2 sudu besar lemak sayur (shortening) atau Magarine biasa boleh digunakan tetapi warna pau akan kekuningan sedikit.

Cara-Cara:
1. Larutkan gula kedalam air suam hingga larut.
2. Masukkan Yis segera kedalam Air suam yang telah gula larut. Biarkan Yis segera bertindak balas dlm 10 minit.
3. Dalam bekas tepung masukkan serbok penaik dan bikarbonat soda dan sebatikan dengan tepung gandum.
4. Masukkan Magarine atau shortening kedalam tepung dan sebatikan. Masukan air suam campuran gula dan yis kedalam tepung.
5. Adunkan tepung sehingga tepung tidak terlekat pada tangan. Jadikan Doh. Doh perlu diuli dengan baik untuk pau yang lembut.
6. Tutup doh itu dengan tudung atau pun kain bersih yang lembab. Biarkan doh selama 2 jam untuk doh kembang 2 kali ganda dari size asal.
7. Jadikan doh itu bebola size roti canai. Letakkan bebola ke atas papan golek dan taburkan sedikit tepung supaya tak melekat dan leperkan ketebalan lebih kurang 5mm. Ambil doh yang telah leper dan letakan di tapak tangan anda. Masukkan inti kaya ditengah doh dan cantumkan doh yang telah diisi inti supaya inti tertutup. Cekup doh yang berlebihan di bahagian cantuman di atas. membulatkan kembali dengan cermat. Permukaan yang cantuman adalah bahagian bawah pau semasa di masak. Lembabkan bahagian cantuman doh dgn air dan lekatkan kertas putih yang telah tersedia potong. Pau anda boleh disusun kedalam bekas kukus.
8. Masak air dalam bekas kukus. Tunggu sehingga air mendidih dan keluarkan wap. Susunkan Pau yg sedia untuk kukus. Kukus selama 20 minit. Jangan kukus lama, warna pau akan bertukar kekuningan. Inti buat lah kesukaan anda. Pau anda telah sedia. Kebisaan 25 biji pau boleh terhasil. Selamat mencuba. Ini pau yg mamak haji buat.

RESEPI MEMBUAT GARAM MASALA DIRUMAH

BAHAN-BAHAN:
4 sudu besar (tbsp) biji ketumbar/corriander seed.
1 sudu besar biji jintan putih/cummin seed.
1 sudu besar lada hitam.
1 1/2 sudu besar halia kering/salai (senang boleh didapati di kedai rempah.
3/4 sudu besar buah pelaga.
3/4 sudu besar cengkih.
3 kuntum bunga lawang.
5 biji cili kering.
3/4 sudu besar kulit kayu manis yg telah dihancurkan.
3/4 sudu besar daun salam India/daun beriani yg telah dihancurkan (selalunya jenis kering rapuh dijual dikedai mamak rempah).

CARA-CARA:
1. Goreng kering semua rempah ini dengan api dapur sedrhana. Jangan hanguskan.
2. Selepas garing, keluarkan dan sejukan. Bila sejuk keluarkan isi (biji) buah pelaga untuk elak pahit.
3. Kisar kesemua rempah di pengisar kering sehingga halus. Boleh juga adunkan dengan serbuk buah pelaga 1/4 sudu kecil. Simpan dibotol yang kedap udara. Tempoh penggunaan adalah sehingga 6 bulan.


Nota: Garam masala diadunkan pada masakan anda pada akhir masakan bukan pada permulaan. Apa yang Mamak haji perhatikan ramai di antara kita suka menumis rempah dengan minyak masak yang panas. Cara seperti ini bukan saja menghilangkan bau haruman rempah tetapi bila hangit dan akan pahitkan masakan kita. Rempah yang pada awal masakan mengeluarkan bau haruman akan hilang selepas dimasak. Cuba kali ini berbeza sedikit pasti masakan kari anda mengeluarkan bau ang harum semasa dihidangkan. Ia sama seperti masakan tom yam jangan sekali masukan air perahan limau dan daun limau purut pada awal masakan dan didihkan. Rasa limau dan wangi daun limau purut akan bertukar dari rasa dan bau asli. oops! lupa nak pesan, garam masala ini bukan rempah kari yea, ia adalah bahan rempah yang mewangikan kari anda seperti anda suka guna rempah 4 serangkai dalam masakan kari. Selamat mencuba.

RESEPI NASI KANDAR PULAU PINANG: DAGING MASAK ITAM MAMAK PENANG.


Bahan-bahan :
1 kg Daging (dipotong hiris mengikut urat daging jadikan 14 keping).
2 biji Bawang labu besar belah dua baeang memanjang , dihiris memanjang untuk semua masakan nasi kandar) .
100 gm Rempah kari Daging ( dari bungkusan 250gm).
1/2 sudu kecil (tsp) serbuk Jintan Putih.
1/2 sudu kecil Serbuk (tsp) Jintan Manis
1/2 sudu kecil (tsp) Serbuk Kas-kas ( tidak kemestian).
1 sudu kecil (tsp) Garam Masala.
100gm Cili Giling (tersedia jual) atau mengikut kepedasan anda inginkan.
4 sudu besar (tbsp) sos cili.
2 sudu besar (tbsp) sos tomato.
1 sudu besar (tbsp) gula pasir.
7 sudu besar (tbsp) Kicap Pekat Mee (tamim amat sesuai) atau sesuaikan warna yang dikehendaki. Sekiranya kuantiti masakan yang besar gunakan kramel kicap (kramel tidak punyai kemasinan).
Garam secukup rasa.

Bahan untuk kisar / Tumis:

2 biji bawang labu besar dikisar dan asingkan ia digunakan sebagai kuahnya)
2 sudu besar pes halia bawang putih.
1 batang serai di ketuk di pangkal.
2 helai daun pandan di potong 3" .
2 tangkai daun kari.
2 kpg. Kayu manis is + 5 buah pelaga + 4 bunga lawang + 8 cengkih.
2 senduk Minyak masak.

CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan daging dan rebus daging sehingga empuk (cuba carikan daging sekiranya senang dicarik ; daging telah lembut dan sedia). Sekiranya menggunakan daging segar, daging ini tidak perlu direbus dahulu.Tentukan air rebusan daging tidak dibuang. Paras air daging semasa rebus perlu diberi perhatian, jangan sampai daging hangus kerana paras air yang terlalu rendah. Simpan air daging (stok) ini untuk jadikan kuahnya.
-2. Panaskan kuali dan masukan minyak masak. Apabila minyak panas, m asukan campuran kayu manis, Buah pelaga, cengkih, bunga lawang , daun pandan, dan serai. Goreng hingga ramuan ini mula keluarkan bau harum.
- 3. Masukan hirisan bawang kacau sehingga warna hirisan bawang bertukar keemasan.
- 4.Masukan pes halia bawang putih , dikuti dengan bawang kisar. Tumis sehingga bahan-bahan ini keluarkan bau harum.
- 5. Masukan bahan kisar cili /cili giling kacau rata atau serbuk cili. Selepas 3-4 minit masukkan air rebusan daging dan daging. Kacau rata.
- 6. Masukkan serbuk kari , sebuk jintan putih, jintan manis, kas-kas, garam masala.
- 7. Masukkan serbuk kari, Jintan Putih, jintan manis , kas-kas dan kicap pekat mee. Kacau rata dan biarkan mendidih sehingga kuahnya menjadi pekat.
- 8. Kecilkan api dan masukan 1 sudu besar gula pasir. Masukan garam secukup rasa (awas dengan kemasinan kicap tersedia ada). kacau rata. padamkan api. Keluarkan dari kuali dan hidangkan. Taburkan daun pudina dan bawang goreng di atas dan sedia untuk hidangan. Selamat mencuba.

Nasi daging mamak penang

Resipi Nasi Daging Utara:


Photo: Resipi Nasi Daging Utara:

Resipi ini adalah versi Mamak Penang. Maka jangan keliru dengan resipi-resipi yang lain. Resepi Masakan ini adalah masakan orang Penang yang paling ringkas dan amat lazat sekiranya dimakan bersama "air asam" dan "Dalca". Resepi kali ini ialah resipi, "Hajah Khalijah Bee". Setiap kali beliau masak Nasi Daging ini, tak pernah lupakan Mamak Haji untuk menjamu selera di rumahnya. Memang Resepi Nasi Daging beliau lain dari lain masih Ori. Amat Lazat. Tak rugi anda cuba......kita berkongsi bersama resepi in. Simpan untuk Raya korban nanti.
Bahan-Bahan:
- 1 kg daging - dipotong agak besar (12 - 14 ketul) direbus sehingga lembut dan jangan lupa simpan air rebusan untuk memasak nasi kemudian. Kalau tak mahir potong daging, biar saja penjual daging memotong untuk anda. Cuma bagi tahu berapa ketul yang anda perlukan. Daging segar adalah amat baik tak perlu rebus dulu. 
- 1 kg berasmathi (kalau untuk niaga boleh gunakkan beras 5% hancur). Dibersihkan dan jangan lupa ditoskan supaya beras ini perlu berada dalam keadaan kering supaya tidak hancur semasa memasak nanti. Sukatan air rebusan daging yang diperlukan sama dengan sukatan beras 1:1. ( Sekiranya dua pot beras dua pot air rebusan daging).
- 3 sudu besar kimball tomato sup.
- 3 sudu Yogurt asli (tairu) atau susu cair 1/2 tin.
- sedikit Gula batu dan Garam secukup rasa.
- Bawang Goreng dan daun pudina untuk ditaburkan di atas nasi.

Bahan-Bahan Untuk Menumis:
- 4-5  sudu besar minyak masak.
- 2 sudu besar minyak sapi.
- 2  sudu besar rempah daging.
- 1  sudu kecil serbuk Jintan Putih.
- 1 sudu besar rempah beriani.
- 100gm buah badam yang direndam, dibuang kulit dan di mesin halus.
- sedikit buah kismis dan Jangus.
- 2 sudu besar bawang putih + halia telah dimesin.
- 2 biji bawang besar telah dimesin halus.
- 1 biji bawang besar dihiris.
- 1 helai daun pandan di potong 3 inci panjang.
- 1/2 sudu kecil Garam masala dan Kayu manis 1, 3 bunga lawang, 5 cengkih dan 4 biji buah pelaga.

Cara-Cara Memasak:
1.  Panaskan periok, masukkan minyak kemudian dikuti minyak sapi.
2. Bila minyak panas, masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga. Bila bau keluar masukan pula bawang hiris, bawang putih dan halia dikisar, daun pandan, biji jangus dan kismis dan bawang dikisar.
3.  Bila tumisan mula keluarkan bau yang harum masukkan daging yang telah rebus, masukkan rempah kari dan beriani, tairu dan kisaran buah badam. Biar gaulkan dengan rempah beberapa minit. Jangan sampai hangit dgn segera masukkan air rebusan daging yang telah tapis. Masukkan gula batu dan garam secukup. Rasa kemasinan air. Tutup tudung periok.
4. Apabila air mula mendidih buka tudung dan masukkan beras dan kacau perlahan. Bila nasi mula masak, Kecilkan api dapur dan tutup tudung periok dgn ketat. Boleh tindihkan tudung dgn benda yg berat seperti batu lesong supaya wap tidak terlepas keluar dgn banyak.
5. Tunggu sampai wap mula cuba keluar dari tudung periok isyarat nasi mulai sejat. Buka tudung periok. Masukkan sedikit warna oren merah pada dua atau tiga lubang yang terbentuk hasil dari nasi yang sedang mendidih. Tutup kembali tudung dan kecilkan lagi api dapur supaya nasi tidak akan hangit. Biasanya nasi akan masak dengan sempurna 25minit - 35 minit. Api dapur perlu dijaga supaya nasi tidak hangit. Kepada yang baru ingin mencuba dan tidak pandai mengawal api dan masak dalam kuantiti kecil boleh gunakan kuali leper sebagai pelapik periok anda supaya api dapur boleh dikawal.
6.  Apabila nasi telah masak mencungkil menggunankan sudip dan terbalikan nasi dari bawah ke atas supaya nasi lebih peroi. Dua atau tiga kali memadai.
7. Jangan kerap buka tudung periok nasi. Ini akan menyebabkan wap terkeluar banyak dan Nasi anda menjadi mentah. Sekiranya nasi anda menjadi mentah, renjiskan air panas (guna sudu) ke atas nasi dan masak kembali dengan api yang sama. Hahaha...kalau mentah juga...kukus saja nasi itu...hehehe!. Jadi Nasi Daging Kukus hahaha!. Air asam buat sendiri. Selamat mencuba.
Bahan-Bahan:
- 1 kg daging - dipotong agak besar (12 - 14 ketul) direbus sehingga lembut dan jangan lupa simpan air rebusan untuk memasak nasi kemudian. Kalau tak mahir potong daging, biar saja penjual daging memotong untuk anda. Cuma bagi tahu berapa ketul yang anda perlukan. Daging segar adalah amat baik tak perlu rebus dulu.
- 1 kg berasmathi (kalau untuk niaga boleh gunakkan beras 5% hancur). Dibersihkan dan jangan lupa ditoskan supaya beras ini perlu berada dalam keadaan kering supaya tidak hancur semasa memasak nanti. Sukatan air rebusan daging yang diperlukan sama dengan sukatan beras 1:1. ( Sekiranya dua pot beras dua pot air rebusan daging).
- 3 sudu besar kimball tomato sup.
- 3 sudu Yogurt asli (tairu) atau susu cair 1/2 tin.
- sedikit Gula batu dan Garam secukup rasa.
- Bawang Goreng dan daun pudina untuk ditaburkan di atas nasi.

Bahan-Bahan Untuk Menumis:
- 4-5 sudu besar minyak masak.
- 2 sudu besar minyak sapi.
- 2 sudu besar rempah daging.
- 1 sudu kecil serbuk Jintan Putih.
- 1 sudu besar rempah beriani.
- 100gm buah badam yang direndam, dibuang kulit dan di mesin halus.
- sedikit buah kismis dan Jangus.
- 2 sudu besar bawang putih + halia telah dimesin.
- 2 biji bawang besar telah dimesin halus.
- 1 biji bawang besar dihiris.
- 1 helai daun pandan di potong 3 inci panjang.
- 1/2 sudu kecil Garam masala dan Kayu manis 1, 3 bunga lawang, 5 cengkih dan 4 biji buah pelaga.

Cara-Cara Memasak:
1. Panaskan periok, masukkan minyak kemudian dikuti minyak sapi.
2. Bila minyak panas, masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga. Bila bau keluar masukan pula bawang hiris, bawang putih dan halia dikisar, daun pandan, biji jangus dan kismis dan bawang dikisar.
3. Bila tumisan mula keluarkan bau yang harum masukkan daging yang telah rebus, masukkan rempah kari dan beriani, tairu dan kisaran buah badam. Biar gaulkan dengan rempah beberapa minit. Jangan sampai hangit dgn segera masukkan air rebusan daging yang telah tapis. Masukkan gula batu dan garam secukup. Rasa kemasinan air. Tutup tudung periok.
4. Apabila air mula mendidih buka tudung dan masukkan beras dan kacau perlahan. Bila nasi mula masak, Kecilkan api dapur dan tutup tudung periok dgn ketat. Boleh tindihkan tudung dgn benda yg berat seperti batu lesong supaya wap tidak terlepas keluar dgn banyak.
5. Tunggu sampai wap mula cuba keluar dari tudung periok isyarat nasi mulai sejat. Buka tudung periok. Masukkan sedikit warna oren merah pada dua atau tiga lubang yang terbentuk hasil dari nasi yang sedang mendidih. Tutup kembali tudung dan kecilkan lagi api dapur supaya nasi tidak akan hangit. Biasanya nasi akan masak dengan sempurna 25minit - 35 minit. Api dapur perlu dijaga supaya nasi tidak hangit. Kepada yang baru ingin mencuba dan tidak pandai mengawal api dan masak dalam kuantiti kecil boleh gunakan kuali leper sebagai pelapik periok anda supaya api dapur boleh dikawal.
6. Apabila nasi telah masak mencungkil menggunankan sudip dan terbalikan nasi dari bawah ke atas supaya nasi lebih peroi. Dua atau tiga kali memadai.
7. Jangan kerap buka tudung periok nasi. Ini akan menyebabkan wap terkeluar banyak dan Nasi anda menjadi mentah. Sekiranya nasi anda menjadi mentah, renjiskan air panas (guna sudu) ke atas nasi dan masak kembali dengan api yang sama. Hahaha...kalau mentah juga...kukus saja nasi itu...hehehe!. Jadi Nasi Daging Kukus hahaha!. Air asam buat sendiri. Selamat mencuba

-----------------------------------------------
Bahan-Bahan:-

1 kg daging - dipotong agak besar (12 - 14 ketul) direbus sehingga lembut dan jangan lupa simpan air rebusan untuk memasak nasi kemudian.

1 kg berasmathi (kalau untuk niaga boleh gunakkan beras 5% hancur). Dibersihkan dan jangan lupa ditoskan supaya beras ini perlu berada dalam keadaan kering supaya tidak hancur semasa memasak nanti.Sukatan air rebusan daging yang diperlukan sama dengan sukatan beras 1:1. ( Sekiranya dua pot beras dua pot air rebusan daging).-

3 sudu besar kimball tomato sup.-
3 sudu Yogurt asli (tairu) atau susu cair 1/2 tin.-
Gula batu sedikit dan Garam secukup rasa.-
Bawang Goreng untuk ditaburkan.

Bahan-Bahan Untuk Menumis:-

1 senduk besar minyak masak (lebih kurang 4-5 sudu besar).-
2 sudu besar minyak sapi.-
2 sudu besar rempah daging.-
1/2 sudu kecil Jintan Manis.-
1/2 sudu kecil Jintan Putih.-
1 sudu besar rempah beriani.-
100gm buah badam yang direndam, dibuang kulit dan di mesin halus.- (saya guna yang dah siap kisar)
sedikit buah kismis dan gajus.-
1 sudu besar bawang putih + halia telah dimesin.-
2 biji bawang besar telah dimesin halus.-
1 biji bawang besar dihiris.-
1 helai daun pandan di potong 3 inci panjang.-
1 sudu kecil
Garam masala -
Kayu manis 1,
bunga lawang 3,
cengkih 4
buah pelaga 4.

Cara-Cara Memasak:

1. Panaskan periok, masukkan minyak kemudian minyak sapi.

2. Bila minyak panas, masukkan Garam masala, bawang hiris, bawang putih dan halia dikisar, daun pandan, biji jangus dan kismis dan bawang dikisar.

3. Bila tumisan mula keluarkan bau yang harum masukkan daging yang telah rebus, masukkan rempah kari dan beriani, tairu dan kisaran buah badam.

Jangan sampai hangit dgn segera masukkan air rebusan daging yang telah tapis. Masukkan gula batu dan garam secukup. Rasa kemasinan air. Tutup tudung periok.

4. Apabila air mula mendidih buka tudung dan masukkan beras dan kacau perlahan. Apabila air mula mendidih, Kecilkan api dapur dan tutup tudung periok dgn ketat. Boleh tindihkan tudung dgn benda yg berat seperti batu lesong supaya wap tidak terlepas keluar dgn banyak.

5. Tunggu sampau wap mula cuba keluar dari tudung periok isyarat nasi mulai sejat. Buka tudung periok. Masukkan sedikit warna kuning pada dua atau tiga lubang yang terbentuk hasil dari nasi yang sedang mendidih. Tutup kembali tudung dan kecilkan lagi api dapur supaya nasi tidak akan hangit.Biasanya nasi akan masak dengan sempurna 25minit - 35 minit.

Api dapur perlu dijaga supaya nasi tidak hangit. Kepada yang baru ingin mencuba dan tidak pandai mengawal api dan masak dalam kuantiti kecil boleh gunakan kuali leper sebagai pelapik periok anda supaya api dapur boleh dikawal.

6. Apabila nasi telah masak mencungkil menggunankan sudip dan terbalikan nasi dari bawah ke atas supaya nasi lebih peroi. Dua atau tiga kali memadai.

7. Jangan kerap buka tudung periok nasi. Ini akan menyebabkan wap terkeluar banayak dan Nasi anda menjadi mentah. Sekiranya nasi anda menjadi mentah, renjiskan air panas (guna sudu) ke atas nasi dan masak kembali dengan api yang sama.

Hahaha...kalau mentah juga...kukus saja nasi itu...hehehe!. Jadi Nasi Daging Kukus hahaha!.Selamat mencuba. Kalau masih keliru dan was-was atau ingin tahu mengenai rempah bolehlah email kat Mamak: mohd.roslan99@gmail.com.

AIR ASAM:

Cili Api,
Belacan Bakar
lada merah

- masukkan dalam blender kisar (jumlahnya perlu anda yang kena tentukan kalau nak pedas bubuhlah lebih sikit kalau tak mahu pedas kurangkan).

Masukkan perahan air limau nipis, gula, garam dalam bahan kisaran tadi.Hiris bawang besar dan tomato sedang masak dan gaulkan sama rata.

Boleh juga masukkan hirisan cili hijau. Kalau nak sedap lagi tambah kerisek. Jadilah ia Air Asam.

RESEPI SUP YONG TAU FOO YG LAZAT:


BAHAN-BAHAN:
Stok Sup / Pengasas sup.
- 3 liter cawan air.
- 2 cawan ikan bilis yg telah basuh dan ditoskan.
- 1 sudu besar biji lada putih.
- 5 ulas bawang putih diketuk.
- 2 ketul kiub stok ayam.
- 2 inci Halia diketuk.
- 1 sudu besar gula.
- Garam secekup rasa.

Cara: Layukan bawang dan ikan bilis, Mendidihkan air dan masukkan ikan bilis dan juga semua bahan-bahan tadi. Simmer/ reneh sup ini selama 1 jam. Seelepas 1 jam tapis airnya dan sedia sup yong tau foo yg lazat 'ala singapura.

RESEPI CILI SOS BUAT SENDIRI




BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKKAN:
- Cili Kering 1 kg.
- Gula Pasir 4kg (kalau nak manis, tambah sekilo lagi).
- Garam 350gm. Ikut Selera anda.
- Bawang putih dalam 200 gm (kalau lebih sedikit tak apa).
- Tepong Jagung 400gm ( tepug ubi juga digunakan sebagai bahan pemekat).
- Cuka dalam 1 kg.ng
- Air 5 liter masa mengisar keseluruhan mengisar cili. Semasa memasak tambah lagi 4 liter.

Nota: Sekiranya anda ingin menjadi usahawan cili sos gunakan pengawet makanan Sodium benzote (kalama bot) dalam 600 PPM atau 12gm. Serbuk Sodium Benzoate ini diluluskan oleh FDA dan boleh didapati di kedai-kedai Bahan Kimia Industri atau makanan kalau botol kecil cuma RM2.00 sudah memadai. Bagi suri rumah yang ingin buat skala kecil tak perlu gunakan tetapi selepas siap isi dalam botol simpan dalam bahagian dingin peti sejuk. Boleh tahan sehingga 2-3 minggu.

CARA-CARA:
1. Cili kering - Cili kering perlu buang bijinya. Cara untuk buang biji cili ialah dengan memotong serong (45 darjah) cili kering bersaiz lebih kurang dalam 10 mm. Masak selepas potong semua biji Cili keluar dengan mudah. Cara ini juga boleh digunakan untuk membuat sambal tumis. Tak perlulah blender lama-lama sampai blender berasap. Masak cili itu supaya lembut (lebih kurang 1 jam). Mamak tak galakan rendam seperti kilang buat itu. Itu cara kurangkan kos dan tak sedap. Semasa mengisar itu masukkan bawang putih sekali (jangan lupa buang kulit pulak).
2. Masak kisaran cili kering seperti anda buat sambal tumis. Setelah masak masukkan Gula dan juga Cuka dan Garam. Rasa apa yang tak cukup..tambah dan mengikut selera anda.
3. cairkan tepung jagung anda dengan air. Masukkan kedalam cili yang tengah masak sedikit demi sedikit dan kacau rata. Pereksa kelikatan. Perlu ingat selepas sejuk sos anda akan menjadi lebih pekat.
4. Sodium Benzote ini sebagai pengawet akan bantu menghindarkan pertumbuhan kulat. Bahan kimia ini juga luas digunakan dalam Industri minuman bergas. Ia tidak membahaya kepada manusia sekiranya digunakan cara betul. cuma kandungan tidak lebih dari 1gm untuk 1 kg berat tubuh manusia. Sila baca di wikipedia tentang bahan pengawet ini. Sodium benzote ini sangat larut dalam air biasa bukan dengan air panas. Maka cairkan dulu serbuk ini dengan air biasa dan campurkan dalam cili sos anda setelah sejuk. Suri rumah tak perlulah gunakan pengawet ini kecuali mahu jadi taukeh Cili Sos. Anda boleh perolehi 65 botol berat 330gm dari resepi ini. Taukeh Restoren yang beli bertong-tong cili sos dalam sebulan, boleh arahkan tukang masak anda buat cili sos ini semasa dia ada kelapangan untuk jimat kos dan boleh perolehi sos yang bersih dan sedap. Selamat mencuba.

CHICKEN TIKKA:



BAHAN-BAHAN:

1 kg. daging ayam bahagian dada. Buang kulit dan potong dadu size: 2cm - 4cm. lebih besar sedikit pun tak apa..
1 cawan yogurt.
1 cawan daun ketumbar.
3 sudu besar (tbsp) pes halia - bawang putih.
2 sudu besar garam masala.
1 sudu kecil (tsp) serbuk cili.
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam.
1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih.
1 sudu kecil serbuk ketumbar.
1/2 sudu kecil perwarna merah oren.
3 sudu besar jus limau nipis atau lemon.
1 biji limau nipis / lemon dipotong wedges untuk hidangan.
1 biji bawang dihiris bulat untuk hiasan
CARA-CARA PENYEDIAAN:

1. Cincang halus daun ketumbar atau masukkan dalam food processor dan dikisar. Batang daun ketumbar dikisar halus jadikan pes. Adunkan dengan yogurt dan jadikan ia seperti pes.

2. Masukkkan semua rempah dan bahan-bahan tadi dalam pes ini dan masukkan ketulan daging ayam yang telah sediakan. Tutup bekas pemerapan ini dan masukkan dalam peti sejuk untuk pemerapan semalaman. Rendam lidi satay dalam air selama 30 minit. Dan mulakan cucuk ketulan daging ayam ini pada lidi satay seperti penyediaan satay dengan jarak diantara satu ketul daging dengan yang lain dalam jarak 1cm. Boleh gunakan skews (batang besi) juga. Cara kayu satay ini lebih sesuai dibakar dengan api terdedah seperti satay. Sekala-sekala terbalikan bakaran inidengan merenjiskan sedikit minyak ke atasnya. Biasanya dalam 15 minit ketulan ayam ini boleh masak.

3. Sekiranya bakar di oven anda perlu gunakan skews ia itu batang besi yang digunakan untuk bakar atau grill. Panaskan oven pada 200 C darjah, susun skew anda di tapak grill disediakan untuk grill, tentukan anda tempatkan perangkap minyak berlebihan di bawah tapak grill dlm oven anda. Sekala sekala sapukan minyak keatas daging ayam dan terbalikan. Daging ayam biasanya dalam boleh masak dalam 30 - 40 minit.

4. Hiaskan Chicken tikka anda dengan bawang dihiris halus bulat dan wedges limau atau gunakan salad.

CARA BUAT KULIT POPIA BASAH.


Resepi untuk kulit:

- 1 kg tepung gandum
- 41/2 cwn air
- 1 biji putih telur
- 7 sudu mkn myk msk
- 5 sudu teh garam
- 2 sudu mkn tepung ubi....

p/s:semua tu satukan uli smpai tangan tidak melekit. Perap selama 5 jam

Resepi untuk sosnya:
- 3 kg cili boh (guna separuh jer).
- 1kg gula.
- 10 biji bwg besar.(blender)
- 2 gengam udg geragau.(blender)
- 3 labu bwg putih.(blender)
- garam lia ikut suka hati lia x sukat pulak masa buat tu sama gak mak ajinomoto
- masak sos ini dlm api kecik tp lama dlm 6 jam....(tahan lama )

Resepi untuk inti...
- parutkan sengkuang ...carot ....
- kacang goreng(tumbuk)

Resepi kuah passembur



- 1/2 kg. ubi keledek berwarna oren, dibuang kulit dan rebus (kalau ubi putih gunakan pewarna oren merah, pewarna oren merah serbuk ini satu kemestian yang perlu ada kalau ingin masak lauk-pauk mamak . Ubi masih dalam panas-panas lenyek. Air rebusan ubi boleh digunakan untuk kisar ubi (kalau malas nak lenyek).
- 125gm udang kering kepal/gerago yg halus direndam, ditapis pasir, ditoskan dan digoreng kkering sehingga bau udangnya naik atau pun guna sotong kering, direndam dan dikisar halus. Di Pulau Pinang kini banyak guna sotong kering untuk buat kuah. Sotong kering agak-agak segumpal tangan sudah memadai. Sotong ini tujuan untuk safe kos kerana sedikit saja sudah kuat baunya. Tapi mamak haji syorkan agar guna udang kepal ini murah dar udang kering yg tebal sinya. Sekiranya Kalau guna sotong kering kuah nanti jadi kehitaman sedikit. Tapi tak apakan hitam itu menawan. Rendam sotong kering semalaman dan buang air rendaman, awas pasir dibawahnya dan basuh sekali lagi. lepas itu boleh kisar.
- 125gm. kacang tanah. Kacang tanah digoreng. jangan sampai hitam. Kalau tak pandai goreng kering, goreng gunakan sedikit minyak memudahkan gorengan, lagi pun anda perlu juga goreng cili kering. Gunakan minyak sama. Anda boleh buang kulitnya atau pun biarkan saja. kalau 125gm oklah kalau 5 kg nak buang kulit?. Ada yang nak cepat, beli kacang sedia digoreng tapi kacang seperti ini bukan saja tak ada kualiti kerana dibantai masuk kulit sekali tapi ia berbau hapak kerana entah bila bila tarikh dibungkus. Tujuan kita masukan kacang untuk dapat bau haruman dan lemak kuah. Kacang ini kalau ingin berbiji seperti peanut butter, asingkan sedikit kacang dan tak perlu kita kisar. Yang selebihnya kita kisar halus, yang sedikit itu kita cuma masukkan masa terakhir kisaran dan kita kisar sekali saja.
- 15 - 20 tangkai cili kering. Untuk kepedasan biasanya kita gunakan cili kering. Cili kering perlu goreng dengan minyak lebihan gorengan kacang sehingga ranggup. Jangan jadikan terlalu hitam. Kepedasan cili kering biasa tertakluk pada jenis cili kering. Pilih yang kerinting yang licin kilat itu amat pedas dan tidak sesuai untuk sambal tumis atau pun masakan mamak. Ia sesuai dibuat cili flake. kisar sekali dengan kacang tanah tadi.
- 3 ulas bawang putih. digoreng layu, dikisar bersama cili kering tadi.
- 2 bawang besar. Sebenarnya masakan ini kalau guna bawang merah (15-20 biji) memang wangi dan sedap. Tapi untuk berniaga kita tak mampu membelinya kerana mahal sangat. Goreng bawang dan bawang putih hingga layu. Kisar bawang putih dan bawang bersama dengan cili kering tadi.
- Bila semua bahan tadi telah dikisar, masukkan dalam periok dan masukkan 4 cawan air dan masak hingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api, ambil lebih kurang 2 sudu besar (tbsp) asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air, tapis dan masukkan dalam kuah yang sedang masak.
- Masukkan gula sebanyak 5 sudu besar (peh!.). Tujuan kita masukakn gula untuk sebatikan struktur bahan-bahan tersebut. Kuah passembur memang manis sedikit dari kuah yang lain.
- Masukkan garam secukup rasa.
Anda mesti rasa pelik kenapa mamak haji goreng bawang, kacang, bawang putih, cili kering, kita tidak akan tumis kuah ini. Kita nak "oil free" ..hahaha, bila masa mamak ini jaga minyak dalam masakan?. sebenarnya kuah ini kalau berminyak anda rasa bosan. Mee Kuah Pulau Pinang pun kita tak tumis.
- Katakanlah anda inginkan kuah yang lebih dan pekat likat seperti mamak buat kuah, rendamkan 5-8 kping biskut merry, lenyekan dan masukkan dalam kuah yang reneh. caranya pekaktkan sama seperti "chicken krim sup" yang mana kita hanguskan tepung gandum dengan butter. Kuah cukup masak bila kacang anda rasa lembut. Biasanya kuah sedia dalam masa 35-45 minit. Jangan lupa sentiasa kacau kuah supaya tak hangus dibawah. Ingat gula boleh terkumpul dibawah periok hanguskan masakan bila dipanaskan. Sekiranya nak kuah berwarna oren mengancam, gunakan pewarna magic mamak.
Akhir sekali, cucur dah ada, tauhu gorengkan dan di potong dadu, jangan lupa kentang rebus yang telah goreng disalut tepung beras didadukan, boleh taburkan serbuk kacang goreng di atas untuk lepas makan passembuq, jangan lupa sembuq. Sebenarnya passembur ini masakan "salad" mamak, maka jangan lupa taugeh rebusan, hirisan sengkuang, timun dan juga hirisan daun salad, hirisan cili hijau, dan telur rebus untuk hiasan. Wassalam.

PURI



Salam, jangan terkejut dengan resepi, "PURI" atau "POORI" ini. Puri adalah makanan ringan yang berasal dari benua kecil India yang mempunyai sejarah kewujudan yang beribu tahun. Perkataan, "PURI" adalah berasal dari Perkataan Bahasa sanskrit purba, "Purikka", yang bermaksud "mengisi". Maka resepi puri ini adalah resepi yang telah berusia beribu tahun lamanya. Apa yang mamak haji perhatikan puri di restoren-restoren India di negara ini berbeza dengan puri di India. Puri di sini semasa panas lembut, kembang dan gelembung tetapi bila sejuk ia keras, liat dan menjadi leper seperti roti canai, maka untuk menutup kelemahan dalam menyediakan masakan resepi ini, kebanyakan restoren India dinegara ini, melembabkan puri supaya lembut dengan melapik dua keping puri diantara dua keping puri diletakan masakan kentang kurang pedas. Maka bentuk puri asal tidak lagi kelihatan. Ramai dari kalangan masyarakat India di negara ini kenal puri yang yang telah di'sandwich'kan dengan sambal kentang.

Bahan-Bahan yang diperlukan:
2 cawan (cup) tepung gandum.
2 sudu besar (tbsp) minyak masak.
1/4 sudu kecil (tsp) garam.
1 sudu kecil susu tepung (sekiranya anda ingin puri lembut dan berlemak).
1/2 sudu kecil (tsp) gula.
Air suam Masukkan secukup untuk membuat doh.

CARA-CARA MEMBUAT DOH:

1. Masukkan tepung gandum, tepung susu, garam dan gula dalam sebuah bekas. Adunkan semua bahan-bahan ini supaya rata.

2. Masukan sedikit demi sedikit air suam dan uli tepung. Uli tepung sehingga anda mendapat doh seperti doh capati.

3. Biarkan keseluruhan doh tersebut di selimuti kain yang lembab selama 20 minit.

4. Bahagi-bahagikan doh itu beberapa bentuk bebola sama saiz yang berukuran sebiji buah lemon. (saiznya separuh dari saiz bebola roti canai atau capati. Titiskan beberapa titis minyak masak atas papan peleper (supaya tidak melekat) dan leperkan bentuk bulat bulat yang tebalnya sama ketebalan roti capati. Sekiranya anda tidak mempunyai papan dan kayu peleper (roller), anda boleh uli di atas keratas plastik dengan menggunakan botol bulat yang berbalut dengan plastik. Kalau mampu, dapatkan sebuah set peleper doh tepung yang sangat berguna di dapur anda.

5. Panaskan minyak dalam kuali dan mula goreng puri.Untuk gorengan yang terbaik sila baca tip-tip yang mamak haji berikan.

RESEPI NASI LEMAK MAMI TANJUNG BERLAUK SAMBAL AYAM MASAK SERAI (15 bungkus)

BAHAN-BAHAN:
- 1 kg beras dibasuh bersih dan ditoskan.
- 200 gm santan pekat.
- 2 sudu besar majerin.
- 1 inci halia dititik.
- 1 biji labu bawang di hiris halus.
- 2 daun pandan disimpul.
- 2 keping kayu manis.
- 2 kuntum bunga lawang.
- 2 sudu besar gula pasir.
- Garam secukup rasa.


CARA MEMASAK NASI:
1. Beras dibasuh dan toskan, masukkan air secukup nisbah air biasanya 1:1 dengan beras.
2. Panaskan periok masukkan air secukup diikuti dengan semua bahan-bahan di atas. Nota: Mamak Haji tak tumiskan nasi yea..jgn salah faham. Cuma cara angkat naik je..
3. Kacau nasi bila mula sejat dan tutup tudung periok kembali. Bila nasi masak terbalikan nasi yg dibawah naik ke atas supaya nasi masak dgn sekata. Biarkan nasi dlm keadaan warm. Nasi anda siap.
RESEPI SAMBAL AYAM MASAK SERAI:


BAHAN-BAHAN:
-1/2 ekor ayam..sudah cukup untuk beras sekilo. Bersihkan dan potong kecil 1inci X 1 inci.
- 100gm atau 20 tangkai cili kering - terpulang kepedasan dan sambal yg diperlukan.
- 4 batang serai dihiris.
- 2 inci lengkuas.
- 1 inci kunyit hidup.
- 2 biji labu bawang sederhana besar.
- 3 ulas bawang putih.
- 100 gm atau 3/4 cawan santan pekat.
- 1 kpg. asam keping.
- 2 sudu besar gula pasir atau ikut kepedasan yg anda suka.
- 1 senduk minyak masak utk tumis.
- Garam secukup rasa.


CARA-CARA MEMASAK:
1. Ketulan ayam dilumur garam dan serbuk kunyit dan goreng separuh masak. Asingkan gorengan ini.
2. Kisar serai, lengkuas, bawang, bawang putih, dan juga cili kering. M.H nasihatkan cili kering itu dipotong panjang 45 darjah dan rebus untuk menghindarkan biji cili nya.
3. Tumis semua bahan kisaran sehingga naik minyak. Masukkan gula dan asam keping.
5. Masukkan ketulan ayam yg telah goreng biarkan ketulan ayam masak 100 peratus dengan api dapur sederhana. Masukkan garam secukup rasa dan masukkan santan.
6. Bila sambal ini mula mendidih kembali tutup api dapur dan sedia untuk hidangan. Selamat mencuba yea.

RESEPI SUP CENDAWAN BERKRIM.



BAHAN-BAHAN:

- 3 cawan cendawan butang dalam tin atau Gunakan cendawan kering. Sekiranya gunakan cendawan kering, masukan air mendidih dalam sebuah bekas. masukan cendawan kering. Biarkan dia kembang dan basuh dan buang akarnya atau bahagian keras di batangnya. Asingkan.
- 1 cawan bawang besar jenis kuning - Bawang Holland dihiris kiub.
- 3 ulas bawang putih. Belah dua ulas bawang putih dan buang pucuk yang terdapat dalam bawang putih.
- 8 cawan atau 2 liter air stok ayam kalau malas gunakan stok ayam knorr segera.
- 500ml susu berkrim penuh (susu kotak).
- 1/2 cawan daun parsley english dicincang.
- sedikit 'thyme' segar.
- 2 sudu besar butter (mentega).
- 2 sudu besar tepung gandum.
- 1/2 sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar.
CARA-CARA:

1. Panaskan butter- jangan sampai terlalu panas, mentega akan terbakar dan hangus untuk elakan ini masukan 1 sudu besar minyak masak. Tumis bawang putih, bawang dan thyme. Cuma layukan saja jangan pulak sampai garing (biasanya 1 minit). Masukkan tepun gandum dan goreng ke warna kekuningan. Jgn jadikan perang warnanya.
2. Masukan cendawan dihiris dan tumis bersama dalam 2 minit lagi. Masukan lada hitam dan air stok ayam. Biarkan sup mendidih selama 15 minit. Tutup api dapur dan sejukkan sup. Keseluruhan sup itu masukkan dalam pengisar dan kisar cendawan kasar sedikit. Masukkan sup yang telah kisar kembali dalam stok pot dan mendidihkan.
3. Bila sup mula mendidih masukkan tepung gandum yang telah dicairkan. Kacau sup sentiasa. Di bekas yang lain, masak susu sehingga pekat sedikit dengan sentiasa kacau susu yang mendidih. Masukkan susu dalam sup. (anda juga boleh gunakan sour cream yang tersedia).

5. Kecilkan api dapur dan bawa sup anda ke peringkat "reneh" /simmering (sup cuma keluarkan gelembung udara di permukaan sup). Renehkan sup anda 25-30 minit untuk kepekatan. Sentiasa kacau sup. Masukkan garam secukup rasa. Tutup api dapur. Taburkan daun parsley di atas sup anda. Sup anda telah sedia. Sekiranya gunakan tepung jagung sebagai pemekat sup cairkan dulu denga sedikit air sebeleum masukkan dkm sup di peringkat akhir.Selamat mencuba.

MEE JAWA


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
1 Kg. Mee Kuning.
1 kg udang sederhana besar.
1 kg ubi keledek dikupas kulit, dipotong, rebus dan lenyek.
50 gm. gula melaka/ gula merah.
1 cawan santan - tidak dimestikan.
1/2 cawan minyak untuk menumis.
2 sudu besar tepung jagung dicairkan dgn 4 sudu air utk dipekatkan kuah.
3 liter (Stok air udang yang telah sediakan dan juga tambahan air).
1 sudu besar rempah kari daging - tidak dimestikan.
Garam secukup rasa.

Bahan-Bahan Perencah kisaran Untuk Kuah:
3 batang serai dihiris.
10 biji bawang merah (kecil).
5 biji ulas bawang putih.
4 inci lengkuas.
2 inci halia.
15 tangkai cili kering direbus dan dikisar halus.
Sedikit air asam jawa.

Bahan-Bahan untuk Hiasan:
5 keping tauhu di goreng dan dipotong dadu.
6 biji cili hijau dhiris.
5 biji cili merah dihiris.
10 biji limau kasturi dibelah dua.
6 biji telur direbus, dikopek kulit dan dibelah dua.
2 cawan bawang goreng.
1 cawan daun bawang dan daun sup dihiris.
1 pokok daun salad bunga dihiris.
100 gm taugeh di celur air panas ..di sejukan dgn air dan ditoskan.

CARA-CARA MENYEDIAKAN:

1. Kisar halus semua perencah kuah dan jadikan pes.
Panaskan minyak dan goreng pes perencah sehingga baunya naik dan pecah minyak. Masukan gula merah dan masukkan air rebusan udang tadi.
2. Masukkan keledek lenyek dan kacau sehingga sebati dgn kuah.
Masukkan serbuk rempah kari dan santan. Kacau kuahnya. Biar kuah mendidih.
3. Sekiranya kuah and acir, cairkan tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam kuah. kacau sebati. Jika anda ingin kepekatan kuah, boleh tambah cairan tepung jagung.
4. Tambah jus asam jawa dan garam secukup rasa. Kuah anda telah siap.

5. PENYEDIAAN MEE: Celurkan mee anda dalam air panas dengan sedikit minyak selama 3-5 minit. Keluarkan mee dan masukkan ke dalam bekas air sejuk untuk hilangkan haba. Toskan mee dan tambah sedikit minyak masak supaya mee and seperti segar dan tak melekat. Hidangkan mee serta dgn bahan hiasan di atas mee jawa anda.
Selamat mencuba.

MEE GORENG MAMAK


Penyediaan perencah/ pes pedas Mee goreng Mamak:

Bahan-Bahan Untuk digoreng dgn minyak dan dikisar halus:
 
1/2 kg kacang tanah.
150 gm cili kering - goreng jgn sampai hangus - agak garing.
100 gm udang kering geragau direndam 5-10 minit, bersihkan dan ditos.
1 genggam kacang dhal (paruppu).
4 ulas bawang putih.
100 gm sotong kering direndam dan dikisar halus. (tidak goreng).


CARA-CARA PENYEDIAAN:


1. Goreng bahan-bahan di atas dengan aturan bawang putih, kacang tanah, paruppu, cili kering, akhir sekali udang kering geragau/udang kepal. dengan minyak masak. Sejukkan dan mengisar halus bersama sotong kering dan air kesemua bahan-bahan tadi.
2. Tumiskan kisaran di atas dengan sedikit minyak sehingga pecah minyak (minyak akan timbul di atas permukaan) dengan masukkan sekali bahan-bahan ini:
- 3 sudu besar (tbsp) gula.
- 2 Sudu besar sos cili.
- 2 Sudu besar sos tomato.
- sedikit air asam jawa, dan garam.
Rasa kepedasan pes anda, sekiranya pes anda rasa pedas sangat boleh tambahkan gula lagi. Cuba dapatkan rasa pes yang anda sukai. Garam perlu teliti kerana bila kita gunakan kita tak mahu mee goreng masin. Kadang-kala mee memang bubuh garam. Garam sebenarnya untuk ketahanan pes itu dari rosak sama seperti air asam jawa. Pes atas boleh digunakan untuk 1 kg mee kuning. Pes ini perlu testing untuk sepingan mee untuk dapatkan nisbah yg tepat. Mee goreng mamak ini tak jadi sekiranya tidak gunakan sekali dgn PES MANIS SEPERTI KUAH PASSEMBOR atau Kuah rojak mamak. Jadi cuma mamak haji berikan pes kuah manis yg telah ubah suai.

RESEPI PES MANIS UTK GORENG MEE:
1/2 kg. ubi keledek berwarna oren,dibuang kulit dan rebus (kalau ubi putih gunakan pewarna oren merah, pewarna oren merah serbuk ini satu kemestian yang perlu ada, kalau ingin masak lauk-pauk mamak . Ubi masih dalam panas-panas lenyek. Air rebusan ubi boleh digunakan untuk kisar ubi. BAHAN UNTUK PENYEDIAAN PES: 3 ulas bawang putih , 5 biji bawang merah (kecil). Goreng bawang putih dan bawang hingga layu. Kisar bawang putih dan bawang bersama dengan dengan ubi tadi. masukan semua bahan tadi telah dikisar, masukkan dalam periok dan masukkan 4 cawan air dan masak hingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api, ambil lebih kurang 2 sudu besar (tbsp) asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air, tapis dan masukkan dalam kuah yang sedang masak. Masukkan gula sebanyak 5 sudu besar (peh!.). Kuah ini memang manis sedikit dari kuah yang lain. Masukkan garam secukup rasa.

Bila perencah anda telah siap mai kita goreng pulak mee dengan pes kita sediakan. Mamak tunjukan cuma satu hidangan saja. Ia lebih sedap kalau buat satu per satu hidangan dari mee goreng longgok.
1 cekak mee kuning.
Sedikit taugeh.
1 batang sayur sawi..ketuk batang sawi dan dipoting 1".
1 biji telur.
1/4 bhg bawang sederhana besar dihiris memanjang.
2 ulas bawang putih diketuk dan dihiris.
1 sudu kecil kicap cair. Selalunya untuk tambah keasinan mee.
dihiris (kalau berniaga tak payah) dan hirisan cili merah (3 saja cukup) dan limau nipis (kalu niaga pakai limau kasturi) dan bawang goreng (kalau niaga tak payah).


CARA-CARA PENYEDIAAN:

Bila kuali panas masukkan 2 sudu besar minyak masak. Masukan hirisan bawang putih dan dikuti dengan hirasan bawang. Bila mengeluarkan harum masukan dua sudu besar pes/rencah yang anda telah sediakan (di sini anda kena adjust pes anda mcm gula air sirap...tak masin sangat, tak pedas sangat dan tak pula manis...hahaha).
Masukkan cucur udang, tauhu goreng, Ubi kentang rebus dan sayur sawi. Bila sawi layu masukkan mee dengan segera. Titiskan kicap cair. (untuk yang berniaga, tak perlu beli kicap cair gunakan kicap kramel boleh buat macam-macam jenis kicap). Air garam jika perlu. Goncang kuali dengan api sedikit keras. Kalau anda mahu basah tambahkan sedikit air atau pes/perencah. Kalau kering biarkan dia. Pada masa ini anda perlu tentukan api dapur jika basah kurangkan api kalu kering keraskan api dapur. Bila mee sudah mulai masak. Kecilkan api dan tepikan mee anda dan kosong ruang tengah kuali. Titiskan sedikit minyak dan pecah masukkan sebiji telur. Tutup telur anda dengan mee dan membiarkan dalam 30 saat. Keraskan kembali api dapur dan kacau serata mee dengan telur dengan cepat. Gorengan cuma 30 saat saja. Keseluruhan gorengan ini cuma 3-4 minit.
Hidangkanlah mee goreng anda dengan lapiskan daun pisang dan daun bawang+sup/ cili dan akhir sekali taburkan sedikit kacang tanah goreng yang telah di atas mee anda.

AYAM MASAK KUZI


Bahan-Bahan Perlukan:
- 1 ekor ayam 1.5kg - 1.8kg - dipotong 12 bahagian.
- Sedikit saffron.
- 1 sudu besar pes halia bawang putih.
- 600gm bawang merah kecil dihiris halus dan digoreng garing..
- 1 tin susu sejat.
- 1/4 cawan buah badam direbus, dibuang kulit.
- 1/4 cawan biji janggus dihiris panjang, digoreng dgn minyak sapi
- 60 gm kismis hitam.
- 50gm biji janggus, digoreng dengan minyak sapi.
- 2 sudu besar minyak sapi.
- 1 biji bawang besar di hiris halus.
- 1 cawan air atau seperti kepekatan kuah yang anda kehendaki
- garam dan gula secukup rasa.

Penyediaan Rempah Kuzi:
- 1 sudu besar biji ketumbar.
- 1 sudu kecil biji jintan manis.
- 1 sudu kecil jintan putih.
- 1/2 sudu kecil biji lada putih.
- 1/2 sudu halia kering.
- 1/4 sudu kecil kayu manis.
- 1/2 sudu serbuk kunyit.

cara-cara penyediaan rempah kuzi:
Sagai ketumbar, jintan manis, jintan putih, lada putih, cincang dulu halia kering, dan tumbuk kayu manis. Kisar halus kesemua rempah-rempah ini dan gaulkan dengan serbuk kunyit.

CARA MEMASAK:

1. Larutkan saffron dalam satu sudu kecil air. Lumurkan saffron pada seluruh ketulan ayam dan peramkan 1 sudu pes halia bawang putih dan sedikit garam.
2. Kisaran rempah bersama bawang goreng dimasukkan dalam bekas susu sejat.
3. Masukkan minyak sapi dalam kuali dengan sedikit minyak masak, bila panas gorengkan ketulan ayam sehinnga permukaan ayam garing sedikit selama 15 minit. Angkat ketulan ayam.
4. Goreng bawang dalam minyak gorenga ayam tadi. Bila bawang gorengan mula bertukar warna kepada kuning keemasan masukan susu yang telah adunkan bawang dan juga rempah. Masukan pes buah badam yang telah dikisar. Tambah garam dan gula secukup.
5. Masukkan ketulan ayam, buah kismis dan masaka sehingga kuahnya pekat. Sekiranya kuah terpekat anda boleh tambahkan air untuk cairkan sedikit. Hidangkan dengan ditabur buah janggus. Selamat mencuba. Dalam resepi ada juga tumbuk bawang goreng halus dan masukkan 1 botol sos tomato sebotol.

Pencicah Salata-Hara.


Cara Membuat Pencicah Salata-Hara.


Boleh dikatakan semua resepi masakan ayam Arab tidak tertinggal dengan pencicah ini.
Bahan-Bahan:
- 1 biji tomato
- 1/2 cawan daun ketumbar
- 1/2 biji jus lemon.
- 1/2 sudu kecil garam.
- 2 cili merah.
- 2 sudu kecil campuran rempah Baharat.
Cara penyediaan:
Masukkan semua dalam blender..kisar cuma dua atau tiga kali tekan suis "pulse" blender anda. Siapa dah...

RESEPI : AYAM LEMON 'ALA MASAKAN CINA.


Sesiapa yang sukar mencari rempah...ayam lemon masakan 'ala Cina paling mudah. Goreng ayam, sediakan sos, tuang dah sedia. Tiga bahagian dalam masakan ini 1. Goreng ayam 2. Buat sos lemon 3. Makan. Jom kita lhat resepi ini:

PENYEDIAAN AYAM GORENG:
Bahan-Bahan:
- 1 kg daging ayam tanpa tulang. Pilih ayam bahagian dada dalam 4 ketul bersihkan dan potong dadu. Peramkan ketulan dadu ayam ini selama 30 minit dgn 2 sudu kicap perasa maggie, 1/4 sudu kecil lada putih dan dan sedikit garam.
- Untuk salutan goreng ketulan ayam 2 biji telur, 2 sudu besar + 1 sudu kecil atau 35 gm Tepung Jagung, 1/2 tsp baking powder, secubit lada putih dan 1/2 sudu kecil garam. Pukul telur kembang masukkan tepung masukkan sedikit demi sedikit bersama dgn garam dan lada butih dan jadikan adunan (batter) untuk digoreng. tentukan adunan disalut sempurna semasa gorengan ayam. Goreng ketulan ayam ini dengan minyak panas. Bila ketulan ini masak dengan bertukar warna keemasan. Keluarkan dari kuali dan simpan.

PENYEDIAAN SOS LEMON:
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 75gm gula.
- 1 cawan (250 ml) stok ayam. Kalau tak ada stok ayam gunakan dalam 2 ketul pati ayam kiub..tapi jaga masin.
- 1 1/2 sudu besar tepung jagung.
- 2 sudu besar jus lemon.
- 1/2 sudu kecil garam.
- 3 hirisan lemon yg telah kupas kulitnya.
- 2 sudu besar minyak.
- sedikit perwarna kuning.

Cara Penyediaan:
1. Adunkan 75gm gula, 1 cawan stok ayam, 1.5 sudu besar tepung jagung, 2 sudu besar jus lemon, 1/2 sudu kecil garam dan pewarna dua /tiga titis dan adunkan dengan baik semua bahan-bahan ini. Masukkan juga tiga hirisan lemon tadi.
3. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali dan masukkan adunan tadi. Panaskan kuali dengan api kecil dan kacau adunan itu sehingga sos anda menjadi jernih. Keluarkan tiga hirisan limau tadi.

Hidangkan ayam goreng dan tuang sos ke atas ketulan ayam tadi. Makan panas-panas. Masakan Cina perlu makan panas-panas dengan nasi yang panas juga..cuba sekali-sekala yang terbaru.

TOM YAM GOONG (TOM YAM UDANG).



A. PENYEDIAAN PES NAM PRIK PAO

Bahan-Bahan:

1 1/2 cawan hirisan bawang merah (gunakan bawang goreng yang telah siap).
1 cawan hirisan bawang putih 30-40 ulas.
3/4 cawan minyak masak.
25-30 cili kering.
1/4 sudu (tbsp) garam.
1/2 cawan udang kering.
2 1/2 - 3 sudu besar (tbsp) air asam jawa pekat.
1-2 sudu sos ikan (mengikut rasa).
Kiub Belacan bakar 1 inci x 1 inci.
1/3 - 1/2 cawan gula melaka atau mengikut rasa kepedasan.
2 sudu besar air.

CARA-CARA:

1. Goreng Bawang Putih memerlukan kesabaran. Kalau boleh dapatkan yang telah goreng siap. Goreng bawang putih gunakan sedkit minyak minyak dan sekali-sekala kacau rata sehingga hirisan bawang putih bertukar warna kepada keemasan. Keluarkan dan tapis minyaknya. Minyak gorengan ini jangan buang. Simpan untuk semasa masak sambalnya.

2. Panaskan kuali (tanpa minyak), goreng kering cili kering dengan sedkit garam dengan api dapur yang sederhana. Garam digunakan untuk mengelakan asap yang dikeluarkan oleh cili kering. Asap ini pedihkan mata dan kerongkong. Kacau selalu sehingga keluar aroma haruman dan cili bertukar kepada warna perang. Selepas keluarkan cili, gorengkan pula udang kering sehingga aromanya keluar. Keluarkan dan sejukkan sebelum dikisar halus.

3. Adunkan semua perencah di atas dengan 2 1/2 cawan air, 3 sudu besar asam jawa, 1-2 sudu besar sos kicap ikan, 1/3 cawan gula melaka dan 2 sudu besar air dan kisar sehingga halus. Panaskan kuali api yang sederhana dan masukkan baki minyak yang telah digunakan untuk goreng bawang putih. Goreng sehingga sambal pecah minyak. Sekiranya terlalu pekat sambal anda tambah sedikit air jika perlu. Pes Nam Prik Pao anda telah siap. Masukkan dalam botol yang bersih dan tutup. Boleh digunakan sehingga tempoh 3-4 bulan pes ini.

PENYEDIAAN SUP TOM YAM:

Bahan-Bahan:
- 4 cawan air rebusan ayam.(sup boleh disediakan dengan tulang lembu atau tulang ayam ditambah dengan carot dan batang saderi dan halia, dimasak reneh sekurang-kurang 45 minit). Boleh juga gunakan sup stok kiub atau serbuk pati ayam.
- 250gm udang besar yang dibersihkan. Buang kulit badan dan tinggalakan kepala dan ekor. Jangan buang Lemak udang yang terdapat di bahagian kepala (berwarna oren) kerana ia memberi perasa udang yang segar untuk sup anda.
- 4-6 cili padi diketuk sedikit.
- 4-6 hirisan lengkuas segar.
- 3 batang serai di potong serong 1 inici panjang.
- 3 daun limau purut keluarkan tulang tengahnya.
- 1 biji bawang besar dibelah empat.
- 2 rumpun akar pokok ketumbar/ corriander root yang dipotong dan daun digunakan sebagai hiasan.
- 1 sudu kecil garam.
- 1 sudu besar kicap sos ikan.
- 4 sudu besar jus limau nipis.
1 1/2 sudu pes cili Nam Prik Poa.

CARA MENYEDIAKAN:

1.Panaskan sup sehingga mendidih. Masukkan serai, lengkuas, bawang dan garam. Biarkan masak 4-5 minit sehingga sup anda mengeluarkan keharuman bahan perencah segar.

2. Lumurkan 1/4 sudu kecil garam pada udang yang telah bersihkan dan disimpan dalam bekas. Masukkan air dalam sebuah bekas lain dan masak cendawan sehingga masak. Toskan air dan masukkan cendawan dan udang yang telah dibersihkan ke dalam sup tom yam anda yang sedang masak. Udang hanya perlu masak dalam seminit. Bila udang anda berubah warna masukkan sos ikan dan matikan api dapur. .

3. Bila api dapur di matikan masukkan Jus limau, daun limau purut, dan pes Nam Prik Pao, Cili Api yang telah diketuk. Rasa sup anda. Adakah sup anda cukup masam? atau Masin?. Jika tidak tambahkan garam atau air perahan limau nipis 1/2 sudu teh, dan rasa. Ulangi cara ini sehingga anda dapat rasa kemasinan dan kemasaman sup tom yam anda cukup. Hiaskan dengan daun ketumbar atau pun daun pudina segar, daun bawang di atas sup tom yam goon anda. Selamat mencuba.

Tat Nenas dan tips biskut raya lambat rosak

Bahan-Bahan

Kulit
600gm tepung serbaguna
4 kuning telur
400 gram butter/marjerin
Secubit garam dicampur dgn 1-2 sudu besar air

Jem nenas:
400 gm gula
2 biji nenas
2 btg kulit kayu manis
2-3 kuntum bunga cengkih.


Tips: 1
Parut nenas menggunakan parut kelapa.
Nenas di masak dalam rice cooker supaya tidak  hangus dan meletup.
Letakkan kulit kayu manis dan sedikit gula batu untuk bau wangi, nampak berkilat dan tidak lembik.

Tips 2:
Dalam jem nenas masukkan juga sedikit perahan limau kasturi.
Gunakan gula batu untuk berkilat.
Semua kuih yang dibuat menggunakan butter supaya kuih pun tahan lama.. 

Tips 3:
Bakar biskut cara API sederhana dan masak hingga garing sikit. 

Tips 4: 
Jem dimasak dengan gula yang banyak sehingga berkilat. Masakkan jem sampai kering

Tips 5: 
Untuk biskut tahan lama, tepung  dijemur sampai kering macam mak nenek kita buat dulu.
Jika tak nak jemur, sangai tepung sampai ringan. 
Kalau tak rajin juga, selepas guna oven, masukkan tepung dalam loyang, masuk dalam oven.

Tips 6:
Goreng tepung yang hendak dibuat biskut tu, kemudian Tapis
Bekas biskut juga memainkan peranan

Tips 7:
Bekas dalam keadaan bersih dan kering untuk pross membuat biskut
Gunakan butter yang berkualiti
Suhu yang betul 170 api atas bawah
Masa membakar yang betul lebih kurang 15-20 minit, bergntung pada ketebalan kulit tat.
Pastikan biskut betul sejuk baru bungkus 

Petua-Taburkan sedikit gula pasir dalam bekas biskut sebelum di tutup. Fungsi gula untuk kedap angin dan bagi biskut tahan lama.