Sunday, July 6, 2014

RESEPI SUP CENDAWAN BERKRIM.



BAHAN-BAHAN:

- 3 cawan cendawan butang dalam tin atau Gunakan cendawan kering. Sekiranya gunakan cendawan kering, masukan air mendidih dalam sebuah bekas. masukan cendawan kering. Biarkan dia kembang dan basuh dan buang akarnya atau bahagian keras di batangnya. Asingkan.
- 1 cawan bawang besar jenis kuning - Bawang Holland dihiris kiub.
- 3 ulas bawang putih. Belah dua ulas bawang putih dan buang pucuk yang terdapat dalam bawang putih.
- 8 cawan atau 2 liter air stok ayam kalau malas gunakan stok ayam knorr segera.
- 500ml susu berkrim penuh (susu kotak).
- 1/2 cawan daun parsley english dicincang.
- sedikit 'thyme' segar.
- 2 sudu besar butter (mentega).
- 2 sudu besar tepung gandum.
- 1/2 sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar.
CARA-CARA:

1. Panaskan butter- jangan sampai terlalu panas, mentega akan terbakar dan hangus untuk elakan ini masukan 1 sudu besar minyak masak. Tumis bawang putih, bawang dan thyme. Cuma layukan saja jangan pulak sampai garing (biasanya 1 minit). Masukkan tepun gandum dan goreng ke warna kekuningan. Jgn jadikan perang warnanya.
2. Masukan cendawan dihiris dan tumis bersama dalam 2 minit lagi. Masukan lada hitam dan air stok ayam. Biarkan sup mendidih selama 15 minit. Tutup api dapur dan sejukkan sup. Keseluruhan sup itu masukkan dalam pengisar dan kisar cendawan kasar sedikit. Masukkan sup yang telah kisar kembali dalam stok pot dan mendidihkan.
3. Bila sup mula mendidih masukkan tepung gandum yang telah dicairkan. Kacau sup sentiasa. Di bekas yang lain, masak susu sehingga pekat sedikit dengan sentiasa kacau susu yang mendidih. Masukkan susu dalam sup. (anda juga boleh gunakan sour cream yang tersedia).

5. Kecilkan api dapur dan bawa sup anda ke peringkat "reneh" /simmering (sup cuma keluarkan gelembung udara di permukaan sup). Renehkan sup anda 25-30 minit untuk kepekatan. Sentiasa kacau sup. Masukkan garam secukup rasa. Tutup api dapur. Taburkan daun parsley di atas sup anda. Sup anda telah sedia. Sekiranya gunakan tepung jagung sebagai pemekat sup cairkan dulu denga sedikit air sebeleum masukkan dkm sup di peringkat akhir.Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment