Sunday, July 6, 2014

RESEPI NASI GORENG 'ALA CINA.(Jumlah hidangan: 4 pax.)


BAHAN-BAHAN:

- 4-5 cawan nasi, yang terbaik nasi semalaman (Refrigerated).
- 1/2 cawan isi dada ayam. Dihiris dadu.
- 1/2 cawan udang putih di kupas kulit.
- 1 sudu besar kicap cair / kicap sos perasa Maggie.
- 1 sudu besar sos/ kicap ikan.
- 1 sudu kecil sos tiram.
- 1 keping sosej dihiris.
- 1/2 cawan mix.vege sejuk- beku ( karot + Jagung + k.peas).Rendam dengan air panas dan toskan.
- 3 ulas bawang putih dikupas, ketuk dan cincang.
- secubit lada putih/sula.
- 2 biji telur.
- 3 sudu besar minyak masak.
- Garam secukup rasa.

CARA-CARA MENYEDIAKAN:

1. Sediakan nasi seperti yang mamak haji sebutkan. Untuk menyediakan ayam, masukkan hirisan ayam kedalam sebuah mangkok dan masukkan 1/2 sudu besar (tbsp) kicap cair dan lumurkan hirisan daging ayam dengan 1 sudu kecil minyak masak, sedikit tepung jagung dan di tepikan. Kita lumurkan minyak masak pada daging ayam supaya bila masukan hirisan ayam yang lembut, ia akan melekat pada kuali. Tepung jagung pulak untuk hirisan ayam itu tidak melekat diantara satu sama lain. Teknik ini anda boleh gunakan untuk goreng daging ayam yang lembut dan dihidangkan sebagai penyeri hidangan yang lain, tanpa gunakan kuali tak melekat.

2. Hidupkan dapur dengan api sederhana. Panaskan kuali dengan 1 sudu besar minyak masak dan ratakan minyak dalam kuali dengan memusingkan kuali. Masukkan 2 biji telur yang dipukul dan goreng hancur. Selepas telur masak angkat keluar dan tepikan. Masukkan 2 sudu besar minyak dan goreng bawang putih sehingga naik bau. Masukan hirisan ayam. Goreng 2-3 minit atau sehingga hirisan ayam masak. Sekiranya kuali menjadi kering semasa gorengan ini boleh masukan air 1-2 sudu besar. Masukan udang yang telah kupas, sosej yang telah hiris, goreng 1-2 minit lagi. Masukkan pula mix vege goreng dalam se minit lagi.

3. Kuatkan api dapur dan masukkan Nasi bersama semua bahan gorengan yang sedang goreng. Masukkan sos kicap cair, sos tiram dan sos ikan sedikit demi sedikit dengan diiring gorengan. Kita masukkan sos perencah sedikit demi sedikit untuk mengekalkan kuali sentiasa kering. Sekiranya kuali lembab nasi akan menyerap kelembapan dan akan kembang dan lembik. Nasi goreng perlu kering dan kembang yang sederhana. jangan terlalu kering nasi anda, ia akan jadi keras. Goreng sehingga 3-4 minit.

4. Selepas selesai sos perencah dimasukkan, masukkan pulak telur hancur yang telah disediakan. Nasi goreng anda telah siap. Jangan lupa "rasa" garam. kalau kurang masinan tambah sedikit kicap ikan, kalau masin sangat tambah perahan air limau sedikit.

5. Cara mamak haji tulis resepi memang panjang berkenaan sesuatu resepi, memang kalau tak baca betul , nampak susah sedikit tetapi bila kita tahu yang mana bahan perlu nak masukan dulu dan kemudian, ia sebenarnya mengambil masa cuma 15 minit saja. Kita pertama kali keliru dengan langkah-langkah dan kawalan api. Tetapi ia sebenarnya mudah dilakukan. Selamat mencuba. Wassalam.

2 comments:

  1. kalau masak nasi goreng, nak biarkan semalaman dulu ke nasi tu atau terus boleh scoop dari rice cooker malaysia tu dan masak terus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa bila masuk peti ais, nasi goreng tu cantik berderai tak lembik

      Delete