Sunday, July 6, 2014

RESEPI: ASAS DOH PAI.


Bahan-Bahan Diperlukan:
- 2 cawan tepung.
- 1/2 cawan minyak jagung.
- 1/4 cawan susu segar sejuk.
- 1/2 kecil garam.
- kertas surih.

Cara menyediakan:

1. Satukan minyak dengan susu, jangan kacau. Masukkan tepung. Kacau dengan garpu.
2. Uli sehingga jadi doh. Bahagikan dua bahagian satu untuk penutup pai.
3. Yang lain ikut apa yang mamak haji telah sebutkan.

Cara Menyediakan isian apel pai:
1. Satukan 1/2 cawan gula dan 1 sudu besar serbuk buah pala, 1 sudu kecil serbuk kayu manis dan 1 cawan tepung ubi. Gaulkan semua.
2. Cairkan 1 cawan mentega dan masukkan dalam campuran di atas.
3. Kupas apel dan potong kecil.
4. Rebus semuanya dengan 1 cawan air sehingga separuh masak.
5. Biarkan sejuk dan tuangkan ke dalam mangkuk pai.
6. Tutup bahagian atas pai. Kelarkan bahagian tengah pai dan klimkan kemas tepi pai yang mamak haji telah terangkan.
7. Panasakan oven kepada 200C masukkan pai anda untuk dibakar.
8. Dalam suhu 200C bakar pai selama 50 minit.
9. Keluarkan pai selepas 50 minit. Bancuh telur dan air, sapukan dipermukaan pai.
10. Masukkan pai semula dalam oven dan bakar selama 15 menit lagi. Pai anda telah sedia. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment