Sunday, July 6, 2014

PURI



Salam, jangan terkejut dengan resepi, "PURI" atau "POORI" ini. Puri adalah makanan ringan yang berasal dari benua kecil India yang mempunyai sejarah kewujudan yang beribu tahun. Perkataan, "PURI" adalah berasal dari Perkataan Bahasa sanskrit purba, "Purikka", yang bermaksud "mengisi". Maka resepi puri ini adalah resepi yang telah berusia beribu tahun lamanya. Apa yang mamak haji perhatikan puri di restoren-restoren India di negara ini berbeza dengan puri di India. Puri di sini semasa panas lembut, kembang dan gelembung tetapi bila sejuk ia keras, liat dan menjadi leper seperti roti canai, maka untuk menutup kelemahan dalam menyediakan masakan resepi ini, kebanyakan restoren India dinegara ini, melembabkan puri supaya lembut dengan melapik dua keping puri diantara dua keping puri diletakan masakan kentang kurang pedas. Maka bentuk puri asal tidak lagi kelihatan. Ramai dari kalangan masyarakat India di negara ini kenal puri yang yang telah di'sandwich'kan dengan sambal kentang.

Bahan-Bahan yang diperlukan:
2 cawan (cup) tepung gandum.
2 sudu besar (tbsp) minyak masak.
1/4 sudu kecil (tsp) garam.
1 sudu kecil susu tepung (sekiranya anda ingin puri lembut dan berlemak).
1/2 sudu kecil (tsp) gula.
Air suam Masukkan secukup untuk membuat doh.

CARA-CARA MEMBUAT DOH:

1. Masukkan tepung gandum, tepung susu, garam dan gula dalam sebuah bekas. Adunkan semua bahan-bahan ini supaya rata.

2. Masukan sedikit demi sedikit air suam dan uli tepung. Uli tepung sehingga anda mendapat doh seperti doh capati.

3. Biarkan keseluruhan doh tersebut di selimuti kain yang lembab selama 20 minit.

4. Bahagi-bahagikan doh itu beberapa bentuk bebola sama saiz yang berukuran sebiji buah lemon. (saiznya separuh dari saiz bebola roti canai atau capati. Titiskan beberapa titis minyak masak atas papan peleper (supaya tidak melekat) dan leperkan bentuk bulat bulat yang tebalnya sama ketebalan roti capati. Sekiranya anda tidak mempunyai papan dan kayu peleper (roller), anda boleh uli di atas keratas plastik dengan menggunakan botol bulat yang berbalut dengan plastik. Kalau mampu, dapatkan sebuah set peleper doh tepung yang sangat berguna di dapur anda.

5. Panaskan minyak dalam kuali dan mula goreng puri.Untuk gorengan yang terbaik sila baca tip-tip yang mamak haji berikan.

No comments:

Post a Comment