Sunday, July 6, 2014

RESEPI APOM LENGGANG/ APOM MANIS/APOM INDIAT/HENGAI PAL APPAM.



Bahan-Bahan
- 1 cawan beras.
- 1 cawan nasi sejuk.
- 1/4 cawan urad dal/kacang tosai/ulundu (yg putih).
- 1 sudu kecil halba.
- 1/2 sudu besar (tbsp) gula.
- 1 sudu kecil (tsp) garam atau cukup rasa.
- 1/2 sudu kecil baking soda atau 1/2 sudu kecil (tsp)yis segera kering.
- 3 sudu besar(tbsp) santan pekat.

CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh beras sehingga bersih dari kanjinya dan rendam dalam air sekurang-kurangnya 4-6 jam. kacang tosai atau urad dal dan juga halba perlu direndam (soak) berasingan. Selepas tempoh rendaman, basuh kembalu beras, urad dal adan juga halba. Mulakan kisar kacang tosai/urad dal. jadikan pes halus dan asingkan. Kisar pula diikuti dengan halba, jadikan pes dan asingkan. Kisaran beras perlu lakukan dgn air yang digunakan untuk kisar sedikit demi sedikit supaya adunan ini seperti adunan tosai atau kueh apom merekah.
2. Ambil 3-4 sudu besar hasil kisaran beras dan diadunkan dengan 1 cawan air. Masak campuran ini dgn api kecil sederhana. Sebatian mula memekat dan menjadi seperti nestum makanan bayi, keluarkan dari dapur dan biarkan ia sejuk. sekarang adunkan semua bahan seperti pes kacang tosei, pes halba dan pes beras ini dengan adunan beras yg telah kisar. adun rata. sekarang adunan anda dah sedia untuk difermantasi/tapaikan sekurangnya 12 jam. Makananya kalau anda fermantasikan pukul 6:00 ptg esok Pukul 6:00 boleh lenggang adunan ini.
3. Bila sedia untuk lenggang, tentukan adunan anda cair sedikit seperti adunan tepung roti kirai atau kuih ketayap. Tambahkan air sedikit jika perlu. Pada masa inilah anda perlu masukkan gula, garam dan baking soda dan santan kedalam adunan itu, kacau sebati dan tunggu 15 minit. Ok anda dah boleh...lenggang kali lenggang.

CARA LENGGANG APOM:
1. Panaskan kuali apom atau non-stickable pan dengan api sederhana. Titiskan dua tiga titisan minyak pada permukaan kuali. Ambil kain bersih ratakan minyak keseluruhan permukaan kuali. Bila kuali cukup panas ambil satu senduk adunan tuang di tengah kuali.
2. Keluarkan kuali dari api, pusing kuali (lenggang) ikut jam supaya adunan dikenakan disekeliling dinding dengan satu bulatn yg cantik. Letak balik kuali ke atas apai. Tepung mula berkumpul ditengah kuali.
3. Tutup kuali anda dengan tudung . Apom anda biasanya masak dalam masa 3-4 minit.
4. Tepung di tepi dinding kulai mula garing dan tanggal. Dengan munggunakan jari anda tarik keluar apom. Ulangi perkara sama yang sama seperti di atas sehingga anda habiskan adunan anda.
5. Apom ini boleh di makan dengan santan dengan gula atau pun dengan sambal kelapa/chuttney atau pen dengan kari dan dal. Selamat mencuba. Sila baca tip-tip di komen mamak haji. Wassalam.

No comments:

Post a Comment