Sunday, July 6, 2014

MEE JAWA


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
1 Kg. Mee Kuning.
1 kg udang sederhana besar.
1 kg ubi keledek dikupas kulit, dipotong, rebus dan lenyek.
50 gm. gula melaka/ gula merah.
1 cawan santan - tidak dimestikan.
1/2 cawan minyak untuk menumis.
2 sudu besar tepung jagung dicairkan dgn 4 sudu air utk dipekatkan kuah.
3 liter (Stok air udang yang telah sediakan dan juga tambahan air).
1 sudu besar rempah kari daging - tidak dimestikan.
Garam secukup rasa.

Bahan-Bahan Perencah kisaran Untuk Kuah:
3 batang serai dihiris.
10 biji bawang merah (kecil).
5 biji ulas bawang putih.
4 inci lengkuas.
2 inci halia.
15 tangkai cili kering direbus dan dikisar halus.
Sedikit air asam jawa.

Bahan-Bahan untuk Hiasan:
5 keping tauhu di goreng dan dipotong dadu.
6 biji cili hijau dhiris.
5 biji cili merah dihiris.
10 biji limau kasturi dibelah dua.
6 biji telur direbus, dikopek kulit dan dibelah dua.
2 cawan bawang goreng.
1 cawan daun bawang dan daun sup dihiris.
1 pokok daun salad bunga dihiris.
100 gm taugeh di celur air panas ..di sejukan dgn air dan ditoskan.

CARA-CARA MENYEDIAKAN:

1. Kisar halus semua perencah kuah dan jadikan pes.
Panaskan minyak dan goreng pes perencah sehingga baunya naik dan pecah minyak. Masukan gula merah dan masukkan air rebusan udang tadi.
2. Masukkan keledek lenyek dan kacau sehingga sebati dgn kuah.
Masukkan serbuk rempah kari dan santan. Kacau kuahnya. Biar kuah mendidih.
3. Sekiranya kuah and acir, cairkan tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam kuah. kacau sebati. Jika anda ingin kepekatan kuah, boleh tambah cairan tepung jagung.
4. Tambah jus asam jawa dan garam secukup rasa. Kuah anda telah siap.

5. PENYEDIAAN MEE: Celurkan mee anda dalam air panas dengan sedikit minyak selama 3-5 minit. Keluarkan mee dan masukkan ke dalam bekas air sejuk untuk hilangkan haba. Toskan mee dan tambah sedikit minyak masak supaya mee and seperti segar dan tak melekat. Hidangkan mee serta dgn bahan hiasan di atas mee jawa anda.
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment