Sunday, July 6, 2014

NASI KANDAR DAGING MASAK ITAM MAMAK HAJI.


Sebenarnya respi untuk 1 kg daging mamak haji telah berikan..oleh kerana ramai sahabat-sahabat sini ingin berniaga Bazar Ramadhan nanti..mamak haji perturunkan untuk 3 kg daging atau pun untuk 50 orang makan pertama kali. Suri rumah juga boleh simpan resepi ini untuk jamuan nanti.

Bahan-bahan diperlukan :

- 3 kg Daging (dipotong hiris mengikut urat daging jadikan 14 X 3 = 42 keping).
- 4 biji Bawang labu sederhana besar dihiris untuk tumis.
- 250 gm Rempah kari Daging ( bungkusan 250gm).
- 2 sudu besar serbuk Jintan Putih.
- 1 sudu besar Serbuk Jintan Manis.
- 1 sudu besar Serbuk Kas-kas ( tidak kemestian).
- 2 sudu kecil (tsp) Garam Masala.
- 150gm Cili Giling (tersedia jual) atau cili kering kisar.(mengikut kepedasan anda inginkan).
- 125gm sos cili.
- 100gm sudu besar (tbsp) sos tomato.
- 75gm gula pasir.
- 1/2 cawan Kicap Pekat Mee (tamim amat sesuai) atau sesuaikan warna yang dikehendaki. jangan gelap- gelita..ikut warna kulit mamak haji yang hitam manis. Sekiranya kuantiti yang besar gunakan kicap kramel (kramel tidak punyai kemasinan).
- Garam secukup rasa.

Bahan untuk kisar / Tumis:

- 5 biji bawang labu sederhana besar dikisar dan asingkan ia digunakan sebagai kuahnya).
- 2 btg serai diketuk perdunya.
- 4 sudu besar pes halia bawang putih.
- 3 helai daun pandan di potong 3" .
- 5 tangkai daun kari.
- 3 kpg. Kayu manis is + 5 buah pelaga + 4 bunga lawang + 8 cengkih.
- 1 cawan minyak masak.

CARA PENYEDIAAN:
-1. Bersihkan daging dan rebus daging sehingga empuk (cuba carik daging sekiranya senang dicarik ; daging telah lembut dan sedia). Sekiranya menggunakan daging segar, daging ini tidak perlu direbus dahulu.Tentukan air rebusan daging tidak dibuang. Paras air daging semasa rebus perlu diberi perhatian, jangan sampai daging hangus kerana paras air yang terlalu rendah. Simpan air daging (stok) ini untuk jadikan kuahnya.

-2. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Apabila minyak panas, masukan bawang hiris dan tumis sehingga warna bawang bertukar warna kuning keemasan. Masukkan segera campuran kayu manis, Buah pelaga, cengkih, bunga lawang , daun pandan,daun kari dan serai. Goreng hingga ramuan ini mula keluarkan aroma harum.

- 3. kecilkan api dapur kepada medium dan masukkan pes halia bawang putih , di ikuti dengan bawang kisar. Tumis sehingga bahan-bahan ini keluarkan bau harum.

- 4. Masukkan bahan kisar cili /cili giling kacau rata. Biarkan sebatian ini pecah minyak (minyak akan wujud di sekeliling kuali).

- 5. Masukkan serbuk kari , sebuk jintan putih, jintan manis, kas-kas, garam masala. Kacau rata dan tunggu sekali lagi sebatian ini pecah minyak. Jaga jangan hangus.

- 6.Masukkan segera air rebusan daging dan daging. Kacau rata.Tinggikan api dapur. Kita tak tambah air kerana air rebusan daging dah sedia ada dan daging telah pun masak secukup.

- 7. Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap pekat mee. Kacau rata dan biarkan kuah mendidih sehingga kuahnya menjadi pekat. Kecilkan api dapur.

- 8.Masukan gula pasir dan garam secukup rasa (awas dengan kemasinan kicap tersedia ada). kacau rata. padamkan api. Keluarkan dari kuali dan hidangkan. Taburkan daun pudina dan bawang goreng di atas dan sedia untuk hidangan. Selamat mencuba.

2 comments:

  1. Boleh try ni.slalu daging goreng kunyit je 😂 tq sudi share resepi.

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete
  2. Boleh cuba buat niaga insya allah berkat ilmu.semoga menjadi amin.semoga mamak haji dalam rahmat perlindungan allah

    ReplyDelete