Sunday, July 6, 2014

RESEPI SOTONG KANGKONG - PENYEDIAAN SOS DAN HIDANGAN:


BAHAN-BAHAN:
- 250gm sotong kembang.
- 1 cekak kangkung yang telah basuh dan bersihkan.
Cara Penyediaan: Celurkan kedua dalam air mendidih selam 2-3 minit dan celurkan kembali dalam air sejuk supaya haba dapat dihilangkan. Toskan dan potong ikut size anda suka. Sotong jangan masak lama yea..nanti jadi tayar good year.
PENYEDIAAN SOS:
- 4 sudu besar sos "Hoi Sin"..ingat lagi resepi sengkuang calit mamak haji bagi dulu?. Mamak haji dah terangkan bagaimana buat resepi ini yang halal. Kalau ada yang halal beli saja.
- 3 sudu besar pes otak udang yang berwarna kehitaman.
- 2 sudu kecil sambal belacan..tau buat?.
- 1 sudu kecil gula.
- 1 biji limau kasturi - perahan airnya.
Cara menyediakan: Adunkan semua.
Bahan untuk hiasan:
- 1 sudu kecil bijan yang goreng kering.
- 1 sudu besar kacang goreng tumbuk.

SALAD BUAH OREN DAN APEL. (10 pax).



Bahan-Bahan Yang diperlukan:
- 4 biji oren Naval yang manis - dikopek dan ambil isi.
- 4 biji oren merah/ blood atau moro isinya sama seperti red grapefruit - dikopek dan ambil isi.
- 1 biji epal hijau - dihiris nipis sedikit.
- 1 biji epal merah - dihiris nipis sedikit.
- 1 inci halia dihiris halus.
- 3 sudu besar madu.
Cara-Cara Penyediaan:
1. Sediakan 1 cawan jus oren segar.
2. Masukan jus oren, madu dan halia dalam sebuah bekas. Reneh dengan api dapur yang kecil sehingga terbentuk sira (syrup) oren yang pekat (selama 8 -10 minit).
3. Biar sira ini sejuk sempurna, Hindarkan buang hirisan halia tadi.
4. Tuang ke atas buah epal dan oren yang telah sediakan.

RESEPI 2: SALAD BUAH OREN DAN PAEL.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan:
- 1 biji buah oren navel yang telah kopek kulit dan isi nya di hiris.
- 4 biji epal dihiris nipis sedikit. (2 biji hijau dam 2 biji merah).
- 2 sudu besar cuka.
- 21/2 sudu besar jus oren yang segar.
- 2 sudu besar miyak zaiton/olive oil.
- 2/3 cawan wall nut dicincang ( di kedai jual bahan kek ada jual).
- 1/2 cawan kismis.
- secubit lada putih dan garam secukup rasa.
Cara Penyediaan:
1. Gaulkan semua yang di atas dengan 1cawan jus oren segar.

CHEWY CHEESE


Photo: CHEWY CHEESE.....mkn kt kfc 10 ketul rm9 lebih(lbhnye lupe plak bape huhu) bila mkn ank2 suke sgt..ibu try ler wat cmni kt umh...insha allah...maka tercetus lah resepi dr kak chaq..ini kali ketiga try...anak2 ckp dh ok bu..sdp dr kfc lg...alhamdulillah JIMAT duit ibu utk ke KFC lg...sape yg berminat silakan share resepi kak chaq ni...

BAHAN2..

350 gm ubi kentang yg dilecek(yg dh direbus dgn sedikit garam,toskan sampai kering airnye baru dilecek)
250 gm tepung gandum (diayak)
5 bj telur
Serbuk lada (lada berperisa Aji-Shio)
250 gm keju cheddar(kraft)..dipotong dadu
serbuk roti secukupnye

CARA...
1..potong dadu keju (ketepikan),tepung n kentang digaul sebati,taburkan dgn serbuk lada..gaul sehingga sebati(kak chaq x gune air sebab ketang dh lembut)kemudian ambil adunan sbesar guli leperkan masukka keju dn bulatkan.gaul dlm serbuk roti.
2..pecahkan telur dlm mangkuk..pukul sedikit,kemudian masukkan 2 or 3 sudu dlm pingan,golekkan adunan yg disalut dgn serbuk roti tadi.
3..golekkan semula dlm serbuk roti hingga betul2 tertutup adunan tadi..ulang sehingga habis adunan..dah siap blh goreng.
4..Sedia utk dinikmati...SELAMAT MENCUBE
Bahan-Bahan

350 gm ubi kentang yg dilecek(yg dh direbus dgn sedikit garam,toskan sampai kering airnye baru dilecek)
250 gm tepung gandum (diayak)
5 bj telur
Serbuk lada (lada berperisa Aji-Shio)
250 gm keju cheddar(kraft)..dipotong dadu
serbuk roti secukupnye

CARA...
1..potong dadu keju (ketepikan),tepung n kentang digaul sebati,taburkan dgn serbuk lada..gaul sehingga sebati(kak chaq x gune air sebab ketang dh lembut)kemudian ambil adunan sbesar guli leperkan masukka keju dn bulatkan.gaul dlm serbuk roti.
2..pecahkan telur dlm mangkuk..pukul sedikit,kemudian masukkan 2 or 3 sudu dlm pingan,golekkan adunan yg disalut dgn serbuk roti tadi.
3..golekkan semula dlm serbuk roti hingga betul2 tertutup adunan tadi..ulang sehingga habis adunan..dah siap blh goreng.
4..Sedia utk dinikmati...


Tips:
  1. potong dadu kecil kentang ....goreng dan lenyek..ras ini lagi sedap..kentang lenyek itu tambah kiub maggi ayam seketul..
  2. habuk roti ..goreng bagi luaran garing sedikit..lepas itu masukkan dalam oven untuk masak 50% lagi....lagi garing tapi agaknya dalam 150 darja C dlm 7 minit ok kot yg ini..kalau tidak bebola ini kan meletup..cheese meleleh luar sebelum ke mulut..
  3. habuk roti paling senang salut..bebola itu celur dlm putih telur..habuk roti itu masukan dlm beg plastik..masuk bebola nak salutt lima enam biji...goncang ..kalau nak salut lagi tebal keluarkan celurr balik ulang balik..jimat dan tak banyak rugi kat minyak tu..
  4. kalau x ada serbuk roti blh juga guna serbuk biskut meri   

RESEPI NASI GORENG 'ALA CINA.(Jumlah hidangan: 4 pax.)


BAHAN-BAHAN:

- 4-5 cawan nasi, yang terbaik nasi semalaman (Refrigerated).
- 1/2 cawan isi dada ayam. Dihiris dadu.
- 1/2 cawan udang putih di kupas kulit.
- 1 sudu besar kicap cair / kicap sos perasa Maggie.
- 1 sudu besar sos/ kicap ikan.
- 1 sudu kecil sos tiram.
- 1 keping sosej dihiris.
- 1/2 cawan mix.vege sejuk- beku ( karot + Jagung + k.peas).Rendam dengan air panas dan toskan.
- 3 ulas bawang putih dikupas, ketuk dan cincang.
- secubit lada putih/sula.
- 2 biji telur.
- 3 sudu besar minyak masak.
- Garam secukup rasa.

CARA-CARA MENYEDIAKAN:

1. Sediakan nasi seperti yang mamak haji sebutkan. Untuk menyediakan ayam, masukkan hirisan ayam kedalam sebuah mangkok dan masukkan 1/2 sudu besar (tbsp) kicap cair dan lumurkan hirisan daging ayam dengan 1 sudu kecil minyak masak, sedikit tepung jagung dan di tepikan. Kita lumurkan minyak masak pada daging ayam supaya bila masukan hirisan ayam yang lembut, ia akan melekat pada kuali. Tepung jagung pulak untuk hirisan ayam itu tidak melekat diantara satu sama lain. Teknik ini anda boleh gunakan untuk goreng daging ayam yang lembut dan dihidangkan sebagai penyeri hidangan yang lain, tanpa gunakan kuali tak melekat.

2. Hidupkan dapur dengan api sederhana. Panaskan kuali dengan 1 sudu besar minyak masak dan ratakan minyak dalam kuali dengan memusingkan kuali. Masukkan 2 biji telur yang dipukul dan goreng hancur. Selepas telur masak angkat keluar dan tepikan. Masukkan 2 sudu besar minyak dan goreng bawang putih sehingga naik bau. Masukan hirisan ayam. Goreng 2-3 minit atau sehingga hirisan ayam masak. Sekiranya kuali menjadi kering semasa gorengan ini boleh masukan air 1-2 sudu besar. Masukan udang yang telah kupas, sosej yang telah hiris, goreng 1-2 minit lagi. Masukkan pula mix vege goreng dalam se minit lagi.

3. Kuatkan api dapur dan masukkan Nasi bersama semua bahan gorengan yang sedang goreng. Masukkan sos kicap cair, sos tiram dan sos ikan sedikit demi sedikit dengan diiring gorengan. Kita masukkan sos perencah sedikit demi sedikit untuk mengekalkan kuali sentiasa kering. Sekiranya kuali lembab nasi akan menyerap kelembapan dan akan kembang dan lembik. Nasi goreng perlu kering dan kembang yang sederhana. jangan terlalu kering nasi anda, ia akan jadi keras. Goreng sehingga 3-4 minit.

4. Selepas selesai sos perencah dimasukkan, masukkan pulak telur hancur yang telah disediakan. Nasi goreng anda telah siap. Jangan lupa "rasa" garam. kalau kurang masinan tambah sedikit kicap ikan, kalau masin sangat tambah perahan air limau sedikit.

5. Cara mamak haji tulis resepi memang panjang berkenaan sesuatu resepi, memang kalau tak baca betul , nampak susah sedikit tetapi bila kita tahu yang mana bahan perlu nak masukan dulu dan kemudian, ia sebenarnya mengambil masa cuma 15 minit saja. Kita pertama kali keliru dengan langkah-langkah dan kawalan api. Tetapi ia sebenarnya mudah dilakukan. Selamat mencuba. Wassalam.

AYAM MASAK MALAYA VERSI MAMAK HAJI (10-12 ORANG).


Bahan-bahan:
1 ekor ayam potong 16.
6 batang serai - 4 btg dihiris halus dan kisar. 2 btg lagi di ketuk.*
2 biji bawang labu merah sederhana besar.*
1 biji bawang dipotong hiris untuk menumis.
5 ulas bwg putih.*
15 tangkai cili kering cari haq kerinting. rebus .*
1 inci lengkuas.*
1 inci kunyit hidup.*
2 keping asam keping.
1 sudu besar serbuk ketumbar (gunakan serbuk ketumbar yang anda telah sediakan).
1 sudu kecil serbuk jintan putih.
1/2 sudu kecil garam masala.
1 cawan santan pekat atau susu sejat.
1 btg kulit kayu manis, 7 biji cengkih, 3- 4 buah pelaga, 2 bunga lawang.
garam dan gula pasir secukup rasa.
minyak untuk menumis
Cara-cara
1. Lumur ayam dengan garam dan kunyit dan goreng separuh masak.
2. Kisar semua bahan-bahan bertanda *. Jadikan pes.
3. Masukkan minyak, bila panas masukkan hirisan bawang diikuti dengan rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, pelaga dan lawang).
4. Rempah keluarkan aromanya, masukkan pes kisaran. Biarkan sedikit garing, masukkan ayam, serai dan asam keping.
5. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan garam masala. Biarkan goreng sehingga kering dan naik minyak.
6. Perlahankan api dapur, masukkan santan pekat. Kacau rata. Bila sambal anda mula mendidih, masukkan gula, garam dan serbuk perasa.
7. Masakan anda telah siap, hidangkan dengan daun pudina atau daun ketumbar dan bawang goreng dan buah jagus. Sesuai makan dengan nasi putih dan terbaik dengan nasi lemak (sebab itu mamak haji potong ayam seekor 16

CUCUR UDANG MAMAK


BAHAN-BAHAN:
- 1 Kg tepung gandum ( 2 sudu besar tepung diasingkan)*
- 250gm udang sederhana besar untuk diletak atas cucur udang.
- Segenggam daun kucai dipotong 1".
- 500gm taugeh dibasuh bersih.
- 250gm Udang Kapas (udang kecil halus yang basah atau udang kering kepal/ geragau yang kering) direndam dan dibersihkan. kisar sehingga halus dengan sedikit air.
- 1 biji bawang besar (sederhana besar) di hiris halus.
- 2 tangkai cili merah dihiris halus.
- 1 paket Yis kering (*Mauripan 11 gm).
- 1 sudu kecil garam atau ikut kemasinan yang diperlukan.
- 1/2 sudu pewarna kuning cair atau 1 sudu kecil serbuk kunyit.
- 1 kg Minyak masak untuk goreng.

CARA PENYEDIAAN:
1.Masukkan tepung dalam sebuah bekas (perlu menampung tepung yang akan naik dua kali).

2.Masukan Yis kering ke dalam air yang telah larutkan dengan 1 sudu kecil gula pasir dan biarkan selama 10 minit. Kacau rata yis supaya ia larut. Masukkan dalam tepung dan kacau rata.

3.Masukkan garam,daun kucai,taugeh,pewarna kuning ke dalam tepung.
4.Masukkan lima cawan air ke dalam adunan tepung. Adunkan semua bahan sehingga sebati.Tentukan adunan tidak cair sangat atau pekat. Sesuaikan kelikatan adunan tepung. Apabila Selesai tutup adunan tepung itu dan biarkan selama 1-2 jam untuk tepung itu bangkit. Selepas sejam adun kembali tepung dan sedia untuk goreng.

5.Panaskan kuali.Tentukan api dapur untuk goreng cucur tidak terlalu keras apinya. Medium memadai. Jangan pula terlalu kecilkan api. Ini akan menjadikan cucur anda akan meresapi terlalu banyak minyak. Hasil Gorengan pertama anda akan memberi keputusan yang anda perlu sesuaikan api dapur anda atau pun kelikatan tepung. Gorengan pertama mula dengan satu atau dua dulu.

6.Tepung yang diasingkan (2 sudu besar) masukan sedikit air supaya menjadi likat (buat gam). Masukkan udang besar yang telah dibersihkan supaya ia bersalut dengan tepung likat ini (sebagai gam). Ini menentukan udang yang goreng diatas cucur, tidak mudah bercerai semasa gorengan.

7.Cara goreng cucur mempunyai berbagai cara. Untuk gorengan cara mamak adalah cara yang mudah.Gunakan sudip yang telah dipanaskan dalam minyak selama 5 minit, ambil sebahagian tepung dari bekas tepung dan letakan udang besar (dilumur tepung) diatas tepung yang perlu digoreng. Masukan kedalam kuali.

8.Walau pun masa gorengan tergantung pada size cucur dan kawalan api dapur kebiasaannya sekiranya gorengan cucur sedia masak akan timbul ke atas permukaan dan gelembong udara sekeliling cucur yang telah masak akan terhenti. Apabila gorengan bertukar warna kekuningan emas biasanya cucur telah sedia masak. Keluarkan dari kuali dan letakan di atas kertas tisu dapur untuk menyerap minyak yang berlebihan.

CARA PENYEDIAAN KUAH KACANG MUDAH MAMAK PENANG:

- 1/2 kg. Kacang tanah.
- 150 gm Cili Kering.
- secekak kacang dal
- 100 gm udang kepal (geragau kering). Udang kering biasa pun boleh tapi mahal kan. Nak jual tiga kupang nak pakai udang kering?..
- 1 biji bawang merah labu besar.
- 2 senduk gula pasir (kalau nak kuah yang perang gunakan gula merah).
- 2 sudu besar tepung jagung yang telah dicairkan dengan sedikit air. Kalu untuk rumah tak payah pakai - untuk niaga kena lah buat macam ini.
- sedikit perahan asam jawa.
- Garam untuk cukup rasa.

CARA MENYEDIAKANNYA:
1. Gorengkan Kacang tanah dan cili kering, bawang dan kacang paruppu/ dal hingga garing. Angkat dan ketepikan. Goreng Udang kering kepal. Awas kerana udang ini terlalu halus pastikan ia tidak hangus. Gunakan penapis logam yang halus untuk goreng. Angkat gorengan itu dan sejukan.

2.Kisar gorengan tersebut bersama air. Terbaik kacang tanah telah gorengkan itu asingkan sekepal untuk masukkan terkemudian semasa masak. Cili kering, kacang dal dan bawang perlu dikisar halus.

3.Panaskan periok masukan bahan kisaran.Masukkan air yang secukup untuk likatan yang dikehendaki. Masak sehingga kacangnya masak. Bila telah masak, masukan cairan tepung jagung dan tentukan likatan itu tidak terlalu likat dan jangan terlalu cair. Masukkan gula, jus asam jawa dan garam secukup.Sedia untuk hidangan.

Nota: Kuah dan cucur yang lebih boleh disimpan untuk membuat mee goreng mamak yang istimewa.Kuah ini juga sekiranya dicairkan boleh digunakan sebagai kuah rojak yang lazat bersama cucur udang, timun dan ubi sengkuang. RESPI CUCUR UNTUK PASSEMBUR LAIN YEA

RESEPI NASI DALACA EKONOMI ‘ALA MAMAK HAJI: (MASAKAN UNTUK 50 ORANG)



BAHAN-BAHAN KEPERLUAN:
5 kg, Beras SST 5% hancur. Bila gunakan beras biasa tentukan beras dibasuh dengan sempurna untuk menghilangkan kanji berlebihan dan nasi jadi peroi. Beras yang telah basuh, airnya untuk masak perlu jernih sehingga berasnya kelihatan di mata kita.
1 tin kimball soup besar.
1/2 tin tomato puri.
200 gm buah badam denga di rendam dan buang kulit dan dikisar halus.
50 gm buah janggus.
100 gm buah kismis.
1 tin minyak sapi tulin yang kecil.
1/2 cawan minyak masak.
1 tin susu sejat.
1 sudu besar (tbsp) serbuk jintan putih.
1 sudu besar (tbsp) serbuk jintan putih.
2 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih.
2 biji bawang labu besar di kisar halus.
3 biji bawang labu sederhana besar dihiris halus.
2 kpg kayu manis panjang 2 inci, 5 kuntum bunga lawang, 5 biji buah pelaga, 8 kuntum bunga cengkih.
1 sudu besar garam masala.
3 helai daun panda disimpul.
2 sudu besar (tbsp) gula pasir.
Garam dan warna mearah oren kalau dikehendaki.
CARA MEMASAK:
1. Beras yang dibasuh ditoskan.
2. Panaskan periok dan masukkan minyak sapi dan gabungkan dengan minyak masak. Bila minyak mula panas masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cenkih. Bila mula rempah ini mengeluarkan bau haruman masukkan daun pandan. Kemudian masukkan hirisan bawang . Tumis sehingga warna bawang menjadi kuning keemasan. Masukkan pes halia bawang putih. Bila mula baunya naik masukkan air bawang kisar. Tumiskan bahan-bahan ini sehingga baunya naik dengann api kecil sederhana. Semasa tumisan jangan sekali hanguskan sebarang rempah.
3. masukan serbuk serbuk jintan manis, jjintan putih dan juga garam masala – awas jangan rempah ini terhangus dengan kepanasan melampau, cepat-cepat masukkan kimball sup dan puri tomato. Adunkan sebati bahan-bahan ini. masukkan susu sejat. masukkan beras dan adunkan rata semua bahan-bahan ini sehingga sebati dengan beras.
4. Masukkan air telah sukat biasanya air dan beras nisbahnya 1:1 atau gunakan hukum ibu jari. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tutup penutup dan biarkan ia masak. Bila airnya mengelegak, kecilkan api dapur dan biarkan nasi itu sejat. Bila wap keluar mengikut penutup periok nasi mula masak. Anda buka penutup periok masukkan pewarna oren merah di tiga atau tempat dipermukaan nasi. Biarkan nasi masak secukup. Terbalikan nasi permukaan atas itu kebawah dan bawah itu naik ke atas.
5. Bila nasi cukup masak taburkan bawang goreng di atas untuk mewangikan lagi. Selamat mencuba.