Bahan-Bahan
Kulit
600gm tepung serbaguna
4 kuning telur
400 gram butter/marjerin
Secubit garam dicampur dgn 1-2 sudu besar air
Jem nenas:
400 gm gula
2 biji nenas
2 btg kulit kayu manis
2-3 kuntum bunga cengkih.
Tips: 1
Parut nenas menggunakan parut kelapa.
Nenas di masak dalam
rice cooker supaya tidak hangus dan meletup.
Letakkan kulit kayu manis dan sedikit
gula batu untuk bau wangi, nampak berkilat dan tidak lembik.
Tips 2:
Dalam
jem nenas masukkan juga sedikit perahan limau
kasturi.
Gunakan gula batu untuk berkilat.
Semua kuih yang dibuat menggunakan butter supaya kuih pun tahan lama..
Tips 3:
Bakar biskut cara API sederhana dan masak hingga garing sikit.
Tips 4:
Jem dimasak dengan gula yang banyak sehingga berkilat. Masakkan jem sampai kering.
Tips 5:
Untuk biskut tahan lama, tepung dijemur sampai kering macam mak nenek kita buat dulu.
Jika tak nak jemur, sangai tepung sampai ringan.
Kalau tak rajin juga, selepas
guna oven, masukkan tepung dalam loyang, masuk dalam oven.
Tips 6:
Goreng tepung yang hendak dibuat biskut tu, kemudian Tapis
Bekas biskut juga memainkan peranan
Tips 7:
Bekas dalam keadaan bersih dan kering untuk pross membuat biskut
Gunakan butter yang berkualiti
Suhu yang betul 170 api atas bawah
Masa membakar yang betul lebih kurang 15-20 minit, bergntung pada ketebalan kulit tat.
Pastikan biskut betul sejuk baru bungkus
Petua-Taburkan sedikit gula pasir dalam bekas biskut sebelum di
tutup. Fungsi gula untuk kedap angin dan bagi biskut tahan lama.
No comments:
Post a Comment