Resipi Nasi Daging Utara:
Bahan-Bahan:
- 1 kg
daging - dipotong agak besar (12 - 14 ketul) direbus sehingga lembut dan
jangan lupa simpan air rebusan untuk memasak nasi kemudian. Kalau tak
mahir potong daging, biar saja penjual daging memotong untuk anda. Cuma
bagi tahu berapa ketul yang anda perlukan. Daging segar adalah amat baik
tak perlu rebus dulu.
- 1 kg berasmathi (kalau untuk niaga boleh
gunakkan beras 5% hancur). Dibersihkan dan jangan lupa ditoskan supaya
beras ini perlu berada dalam keadaan kering supaya tidak hancur semasa
memasak nanti. Sukatan air rebusan daging yang diperlukan sama dengan
sukatan beras 1:1. ( Sekiranya dua pot beras dua pot air rebusan
daging).
- 3 sudu besar kimball tomato sup.
- 3 sudu Yogurt asli (tairu) atau susu cair 1/2 tin.
- sedikit Gula batu dan Garam secukup rasa.
- Bawang Goreng dan daun pudina untuk ditaburkan di atas nasi.
Bahan-Bahan Untuk Menumis:
- 4-5 sudu besar minyak masak.
- 2 sudu besar minyak sapi.
- 2 sudu besar rempah daging.
- 1 sudu kecil serbuk Jintan Putih.
- 1 sudu besar rempah beriani.
- 100gm buah badam yang direndam, dibuang kulit dan di mesin halus.
- sedikit buah kismis dan Jangus.
- 2 sudu besar bawang putih + halia telah dimesin.
- 2 biji bawang besar telah dimesin halus.
- 1 biji bawang besar dihiris.
- 1 helai daun pandan di potong 3 inci panjang.
- 1/2 sudu kecil Garam masala dan Kayu manis 1, 3 bunga lawang, 5 cengkih dan 4 biji buah pelaga.
Cara-Cara Memasak:
1. Panaskan periok, masukkan minyak kemudian dikuti minyak sapi.
2. Bila minyak panas, masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih dan
buah pelaga. Bila bau keluar masukan pula bawang hiris, bawang putih dan
halia dikisar, daun pandan, biji jangus dan kismis dan bawang dikisar.
3. Bila tumisan mula keluarkan bau yang harum masukkan daging yang
telah rebus, masukkan rempah kari dan beriani, tairu dan kisaran buah
badam. Biar gaulkan dengan rempah beberapa minit. Jangan sampai hangit
dgn segera masukkan air rebusan daging yang telah tapis. Masukkan gula
batu dan garam secukup. Rasa kemasinan air. Tutup tudung periok.
4.
Apabila air mula mendidih buka tudung dan masukkan beras dan kacau
perlahan. Bila nasi mula masak, Kecilkan api dapur dan tutup tudung
periok dgn ketat. Boleh tindihkan tudung dgn benda yg berat seperti batu
lesong supaya wap tidak terlepas keluar dgn banyak.
5. Tunggu
sampai wap mula cuba keluar dari tudung periok isyarat nasi mulai sejat.
Buka tudung periok. Masukkan sedikit warna oren merah pada dua atau
tiga lubang yang terbentuk hasil dari nasi yang sedang mendidih. Tutup
kembali tudung dan kecilkan lagi api dapur supaya nasi tidak akan
hangit. Biasanya nasi akan masak dengan sempurna 25minit - 35 minit. Api
dapur perlu dijaga supaya nasi tidak hangit. Kepada yang baru ingin
mencuba dan tidak pandai mengawal api dan masak dalam kuantiti kecil
boleh gunakan kuali leper sebagai pelapik periok anda supaya api dapur
boleh dikawal.
6. Apabila nasi telah masak mencungkil menggunankan
sudip dan terbalikan nasi dari bawah ke atas supaya nasi lebih peroi.
Dua atau tiga kali memadai.
7. Jangan kerap buka tudung periok nasi.
Ini akan menyebabkan wap terkeluar banyak dan Nasi anda menjadi mentah.
Sekiranya nasi anda menjadi mentah, renjiskan air panas (guna sudu) ke
atas nasi dan masak kembali dengan api yang sama. Hahaha...kalau mentah
juga...kukus saja nasi itu...hehehe!. Jadi Nasi Daging Kukus hahaha!.
Air asam buat sendiri. Selamat mencuba
-----------------------------------------------
Bahan-Bahan:-
1 kg daging - dipotong agak besar (12 - 14 ketul) direbus sehingga
lembut dan jangan lupa simpan air rebusan untuk memasak nasi kemudian.
1 kg berasmathi (kalau untuk niaga boleh gunakkan beras 5% hancur).
Dibersihkan dan jangan lupa ditoskan supaya beras ini perlu berada dalam
keadaan kering supaya tidak hancur semasa memasak nanti.Sukatan air
rebusan daging yang diperlukan sama dengan sukatan beras 1:1. (
Sekiranya dua pot beras dua pot air rebusan daging).-
3 sudu besar kimball tomato sup.-
3 sudu Yogurt asli (tairu) atau susu cair 1/2 tin.-
Gula batu sedikit dan Garam secukup rasa.-
Bawang Goreng untuk ditaburkan.
Bahan-Bahan Untuk Menumis:-
1 senduk besar minyak masak (lebih kurang 4-5 sudu besar).-
2 sudu besar minyak sapi.-
2 sudu besar rempah daging.-
1/2 sudu kecil Jintan Manis.-
1/2 sudu kecil Jintan Putih.-
1 sudu besar rempah beriani.-
100gm buah badam yang direndam, dibuang kulit dan di mesin halus.- (saya guna yang dah siap kisar)
sedikit buah kismis dan gajus.-
1 sudu besar bawang putih + halia telah dimesin.-
2 biji bawang besar telah dimesin halus.-
1 biji bawang besar dihiris.-
1 helai daun pandan di potong 3 inci panjang.-
1 sudu kecil
Garam masala -
Kayu manis 1,
bunga lawang 3,
cengkih 4
buah pelaga 4.
Cara-Cara Memasak:
1. Panaskan periok, masukkan minyak kemudian minyak sapi.
2. Bila minyak panas, masukkan Garam masala, bawang hiris, bawang putih
dan halia dikisar, daun pandan, biji jangus dan kismis dan bawang
dikisar.
3. Bila tumisan mula keluarkan bau yang harum masukkan
daging yang telah rebus, masukkan rempah kari dan beriani, tairu dan
kisaran buah badam.
Jangan sampai hangit dgn segera masukkan
air rebusan daging yang telah tapis. Masukkan gula batu dan garam
secukup. Rasa kemasinan air. Tutup tudung periok.
4. Apabila
air mula mendidih buka tudung dan masukkan beras dan kacau perlahan.
Apabila air mula mendidih, Kecilkan api dapur dan tutup tudung periok
dgn ketat. Boleh tindihkan tudung dgn benda yg berat seperti batu lesong
supaya wap tidak terlepas keluar dgn banyak.
5. Tunggu sampau
wap mula cuba keluar dari tudung periok isyarat nasi mulai sejat. Buka
tudung periok. Masukkan sedikit warna kuning pada dua atau tiga lubang
yang terbentuk hasil dari nasi yang sedang mendidih. Tutup kembali
tudung dan kecilkan lagi api dapur supaya nasi tidak akan
hangit.Biasanya nasi akan masak dengan sempurna 25minit - 35 minit.
Api dapur perlu dijaga supaya nasi tidak hangit. Kepada yang baru ingin
mencuba dan tidak pandai mengawal api dan masak dalam kuantiti kecil
boleh gunakan kuali leper sebagai pelapik periok anda supaya api dapur
boleh dikawal.
6. Apabila nasi telah masak mencungkil
menggunankan sudip dan terbalikan nasi dari bawah ke atas supaya nasi
lebih peroi. Dua atau tiga kali memadai.
7. Jangan kerap buka
tudung periok nasi. Ini akan menyebabkan wap terkeluar banayak dan Nasi
anda menjadi mentah. Sekiranya nasi anda menjadi mentah, renjiskan air
panas (guna sudu) ke atas nasi dan masak kembali dengan api yang sama.
Hahaha...kalau mentah juga...kukus saja nasi itu...hehehe!. Jadi Nasi
Daging Kukus hahaha!.Selamat mencuba. Kalau masih keliru dan was-was
atau ingin tahu mengenai rempah bolehlah email kat Mamak:
mohd.roslan99@gmail.com.
AIR ASAM:
Cili Api,
Belacan Bakar
lada merah
- masukkan dalam blender kisar (jumlahnya perlu anda yang kena tentukan
kalau nak pedas bubuhlah lebih sikit kalau tak mahu pedas kurangkan).
Masukkan perahan air limau nipis, gula, garam dalam bahan kisaran
tadi.Hiris bawang besar dan tomato sedang masak dan gaulkan sama rata.
Boleh juga masukkan hirisan cili hijau. Kalau nak sedap lagi tambah kerisek. Jadilah ia Air Asam.
No comments:
Post a Comment