BAHAN-BAHAN:
- 1 kg. tepung gandum (tepung gandum atau multi-pupose flour).
- 2 cawan air biasa. Sekiranya tidak gunakan telur 1 biji, kurang sedikit airnya.
- 1 sudu kecil (tsp) garam atau secukup rasa.
- 1/2 cawan majerin.
- Minyak masak untuk bakar roti canai di kuali leper atau pan.
Nota Kaki: Ramai yang kini gunakan telur, susu pekat manis, horlicks
untuk membuat roti canai untuk mendapatkan rasa yang lazat roti canai.
Mamak haji rasa ini tak salah cuma kalau gunakan susu pekat manis cuma
perlu awas kerana gula cepat jadi hangus semasa gorengan roti canai,
maka awaslah penggunaannya. Sebenarnya boleh gunakan telur sebiji untuk
doh yang lembut dan garing, sekiranya gunakan telur, kurangkan sedikit
air semasa uli. Roti canai ini sebenarnya masa dulu digelar, "PRATA".
Prata ini sebenarnya berasal dari benua India. Seperti anda tahu,
masakan India ini tak lari dari gunakan "minyak sapi" atau "ghee". Maka
kalau anda ingat roti prata yang zaman dulu yang bulat dan tebal, itulah
dinamakan "prata ori". Tapi bila keadaan berubah dan masa amat penting
untuk perniagaan versi roti prata berubah menjadi roti canai yang
berbentuk empat segi yang nipis. Kegunaan minyak sapi dihindarkan dengan
majerin murah dan juga minyak masak kelapa sawit. Untuk suri rumah yang
ingin cuba prata ori boleh gunakan 300gm tepung gandum, 1/2 cawan
minyak sapi,1/2 cawan air dan garam secukup.Mamak haji tak gunakan
telur. Bila gunakan telur air perlu dikurangkan.
Terima kasih mamak haji kerana resepi yg sgt genuine
ReplyDelete